KOTA BHARU - Polis Kota Bharu mengesahkan menerima laporan mengenai seorang pengasas kosmetik yang didakwa mempersenda dan mempermainkan agama Islam.
Usahawan itu dikatakan mengeluarkan kenyataan 'tidak suka sembahyang dan semua orang tidak sembahyang pada tahun 2021' menerusi satu rakaman video yang tular sejak semalam. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 52 tahun dari Jalan Salor, di sini pada jam 10.25 pagi Ahad. “Lelaki berkenaan melihat rakaman itu selepas dikongsi di aplikasi kumpulan WhatsApp pada jam 8 malam. “Tindakan suspek dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama Islam yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Selain itu katanya, berdasarkan semakan terhadap rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan percakapan suspek seolah-olah mempersendakan solat dan bacaan surah Yasin. “Kes disiasat mengikut seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. Media melaporkan, suspek sebelum ini kerap mencetuskan kontroversi antaranya membuka seluar hingga menampakkan kemaluan menerusi rakaman di laman sosial ketika menjual produknya malah pernah dituduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu berkait kes membelasah dan mencabul seorang wanita lima tahun lalu.-CARI Sumber: Sinar Harian
|
Friska replied at 30-5-2021 04:53 PM
Ada yang sharing beritanya dalam WA group di HP saya, saya sharing di sini buat diskusi. Saya kurang ...
MissYouSayang replied at 30-5-2021 04:59 PM
Siapa lagi chantek antara friska dengan cewek ini?? Pasti suami mbak friska tergoda melihat boobis ...
Friska replied at 30-5-2021 04:53 PM
Ada yang sharing beritanya dalam WA group di HP saya, saya sharing di sini buat diskusi. Saya kurang ...
ultra78 replied at 30-5-2021 05:16 PM
Saya faham..hahaha
Ini translation dia
MissYouSayang replied at 30-5-2021 04:59 PM
Siapa lagi chantek antara friska dengan cewek ini?? Pasti suami mbak friska tergoda melihat boobis ...
Friska replied at 30-5-2021 05:24 PM
Kalau sudah jodoh Kakak, saya mahu bilang apa lagi, sudah takdir. Tapi kalau saya diceraikan, akan ...
PristineOne replied at 30-5-2021 05:35 PM
Gak senang dibawa ke pengadilan mbak. Jaksa pengadilan disini temen temen nya sesama pejabat jabat ...
ultra78 replied at 30-5-2021 05:16 PM
Saya faham..hahaha
Ini translation dia
ADVERTISEMENT