Datuk Fazley Yakkob baru-baru ini menerima kritikan dari seorang individu yang mendakwa kek buatannya langsung tak sedap! Kasar bunyinya bila individu berkenaan siap mencarut lagi.
Tak cepat melatah, penyanyi ini menganggap komen tersebut sebagai teguran untuk memperbaiki masakannya di masa akan datang. "Beginilah, saya yakin beliau berniat baik. Mungkin itu adalah cara beliau untuk menegur saya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut, mungkin juga ianya cara beliau untuk mempromosikan produk tempatan untuk support saya," tulisnya di Instagram. Dalam masa yang sama, Fazley sempat memberi nasihat bahawa tak salah nak kritik tapi biarlah berhemah.
|
ADVERTISEMENT