CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakai Gelang Pink,Selamba Badak Keluar Pergi Kedai Nak Beli Air- Degil Tahap Apa Ni?

31-5-2021 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3819| Komen: 21

Seringkali kita disajikan dengan berita mengenai sikap segelintir individu yang melanggar perintah kuarantin dan tanpa rasa bersalah keluar dari kediaman masing-masing walaupun memakai gelang kuarantin.


Terbaharu, seorang lelaki menerima padahnya apabila dikenakan kompaun RM4,000 selepas didapati keluar rumah bagi membeli minuman di sebuah kedai di Taman ACBE petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, tindakan lelaki berusia 53 tahun itu yang memakai gelang kuarantin disedari orang ramai kira-kira jam 5 petang sebelum menghubungi polis.

Kredit foto: Sinar Harian

"Dia memandu kereta secara sendirian dari rumahnya yang terletak berhampiran kedai runcit namun tidak masuk ke dalam kedai.


"Dia kemudiannya ditahan dan dikompaun RM4,000 kerana gagal mematuhi perintah kuarantin yang dikenakan ke atasnya," katanya.

Berdasarkan rekod, lelaki tersebut menjalani kuarantin bermula Khamis lalu sehingga 6 Jun ini.

Chang Hook menambah, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas individu yang didapati melanggar perintah kuarantin kerana mereka wajib berada di rumah bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. -CARI

Sumber: Sinar Harian 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 31-5-2021 01:32 PM
4k aja ker???
saman 10k aja tuh biar dia tahu sikit...
Quote Kitty_catz 31-5-2021 01:32 PM
tu naseb dipakaikan gelang pink.. yg tak pakai ramaiiiiiiii

kkm tak sempat pun nak folo up

contoh terdekat.. family abang  staff meols, sampai skang dekat 3 weeks kkm tak contact pun, 5 skuarge tu.. kena kat pasar keramat time soping barang masak raya..

kira mmg abes  la korentin tu
Quote kucingitam 31-5-2021 02:06 PM
degil yakmatnya lahai
Quote ikanmasin 31-5-2021 02:11 PM
mmg sejenis degil lah gini..padahal tau dah tp buat jg..byk duit kot kan..bayar lah denda tu
Quote tungkai 31-5-2021 02:19 PM
Patut 20K. Dah la gelang pink pastu keluar rumah pulak. Kalau tengok gambar tu pakai mask pun salah. Mana tak mencanak kes ...
Quote merrissa 31-5-2021 02:31 PM
ni la masalahnya

bila semua org selfish, dalam otak deme

"kalo aku positif kau pon jom ikut positif "

"kalo aku mati kau pon jom ikut mati"
Quote cyber_mania 31-5-2021 02:54 PM
Small small don't want to die.
Adoi. Patut lucut kewarganegaraan ke camne baru nak disiplin ni?
Quote misc 31-5-2021 02:55 PM
Ketegaq piang.
Quote ReginaGeorge 31-5-2021 04:08 PM
Oh baru bersalinlah nih, tu pakai gelang pink. Mengidam {:love alahai pakcik ni pun. Takda foodpanda ka pakcik.
Quote gideoncross 1-6-2021 02:10 AM
Nokiaman replied at 31-5-2021 03:53 PM
Dulu mula mula bila kes kat china
Gigih cemuh rakyat sana sb perangai gini..
Sekarang terpalit k ...

Yg ni mmg btul, hri tu kmain lgi ummah Meleis kutuk wrga Wuhan, China. Skrg ni tngok, negeri mna yg pling bnyk kes.
Quote Babai 1-6-2021 02:31 AM
Degil macam babik.
Quote kakikuDibibirmu 1-6-2021 02:53 AM
2 x 5, 5 x babi
Quote anony-mous 1-6-2021 03:07 AM
Kitty_catz replied at 31-5-2021 01:32 PM
tu naseb dipakaikan gelang pink.. yg tak pakai ramaiiiiiiii

kkm tak sempat pun nak folo up

Lepas tu melalak kerajaan gagal.
Quote anony-mous 1-6-2021 03:07 AM
Kitty_catz replied at 31-5-2021 01:32 PM
tu naseb dipakaikan gelang pink.. yg tak pakai ramaiiiiiiii

kkm tak sempat pun nak folo up

Lepas tu melalak kerajaan gagal.
Quote slyfynx 1-6-2021 03:59 AM
thread EJALTI - sejam lagi awal
Quote FanTasyCreaTioN 1-6-2021 10:49 AM
Thread lebih awal dah ada

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1253240


Tolong mergekan yer @CARI-MRO



Terimakasih ...

Quote FanTasyCreaTioN 1-6-2021 10:51 AM
slyfynx replied at 1-6-2021 03:59 AM
thread EJALTI - sejam lagi awal
Kalau jumpa memana lagi Threads yang sama camni lenkali... boleh tulis macam FC tulis tu
pastu boleh PM atau tekan Report.

Nanti FC bagi tacang.

Terimakasih banyak membantu ...

Quote Cece1234 1-6-2021 10:52 AM
Teruknya perangai..
Quote slyfynx 1-6-2021 11:25 AM
FanTasyCreaTioN replied at 1-6-2021 10:51 AM
Kalau jumpa memana lagi Threads yang sama camni lenkali... boleh tulis macam FC tulis tu
pastu bol ...

Baik FC.
Maaf salah format

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.045227 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top