Perkongsian seorang gadis dalam aplikasi TikTok menjadi tular apabila dia memuat naik senarai peraturan yang ditetapkan oleh ibu teman lelakinya sebagai syarat untuk bercinta dengan pemuda tersebut, lapor akhbar The Mirror semalam.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Emma itu memberitahu, dia membaca senarai menakutkan itu di laman Instagram bakal mentuanya. Wanita itu memberikan pelbagai amaran jika mahukan hubungan dengan anak lelakinya berkekalan. “Saya dapat rasakan dia tidak sukakan saya,” tulis Emma pada status berkenaan. Antara peraturan yang tersenarai adalah ‘dia anak emak, jika anda bukan isterinya, maka pendapat anda tentang perkara ini adalah tidak penting’. Wanita itu turut memberikan amaran bahawa dia boleh ‘mengusir’ mana-mana wanita yang melanggar peraturan itu daripada kehidupan anak lelakinya.
Status Emma itu menerima pelbagai komen netizen yang rata-rata menasihatinya untuk tidak meneruskan hubungan dengan lelaki itu. “Perkara ini akan menjadi lebih teruk di masa hadapan,” tulis seorang pengguna media sosial. “Ini adalah tindakan masuk campur yang keterlaluan bagi seorang ibu dalam kehidupan peribadi anaknya,” komen seorang lagi. Sumber: Kosmo
|
mawardia replied at 31-5-2021 08:53 PM
Kalau dak Emma merupakan warganegara Malaysia, pasti post ini ditularkan di KRT. "Salam min. Tlg hid ...
ADVERTISEMENT