CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

“Takut Anak Lemas Tapi Saya Tak Dapat Selamatkan”-Jay Z Belajar Berenang Di Usia 40 Tahun

1-6-2021 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2234| Komen: 4

Cukup dikenali sebagai seorang selebriti yang menjalani kehidupan secara low profile, penyany rap Jay Z akhirnya membongkar satu rahsia mengenai dirinya sendiri yang disimpan selama ini.


Menurut suami kepada penyanyi Beyonce ini, dia terpaksa belajar berenang sebaik sahaja anak sulungnya, Blue Ivy Carter dilahirkan sembilan tahun lalu.

"Saya memang tidak pandai berenang sebelum Blue lahir lagi. Tapi lepas dia lahir saya ambil inisiatif untuk belajar berenang demi anak-anak saya.

"Ia boleh diibaratkan kalau anak saya lemas tapi saya tak dapat selamatkan dia hanya disebabkan tidak pandai berenang... saya tidak boleh bayangkan macam mana remuk perasaan saya ketika itu kalau benda itu betul-betul terjadi," katanya.

Kredit foto: IG


Menurut penyanyi lagu Crazy In Love ini lagi, dia juga cuba untuk menjadi seorang bapa yang tidak mengongkong impian anak-anaknya di masa akan datang.

"Kalau anak saya tidak berminat dalam bidang muzik, saya tidak akan memaksa biarpun mempunyai bisnes dalam bidang ini.

"Yang penting bagi saya ialah agar anak kita rasa sentiasa disayangi... itu sudah memadai buat saya," ujarnya.

Jay Z atau nama sebenarnya, Shawn Corey Carter, 52, berkahwin dengan Beyonce, 40, pada 4 April 2008.

Selain Blue, pasangan ini turut mempunyai sepasang cahaya mata kembar, Rumi dan Sir yang kini berusia empat tahun. - CARI

Sumber: mStar/Hollywoodlife
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 1-6-2021 10:25 AM
Lorrrrr kaya raya x pndai berenang ?? Iols kalo jutawan usahkan berenang, tiap hari pegi diving..
Quote nazzse 1-6-2021 10:51 AM
Tak nampak mcm 52 JZ ni & aku rasa JZ ni better parents compare dgn Beyonce
Quote imransulaiman 1-6-2021 01:03 PM
Ingatkan umur dia baru masuk 40 {:thief
Quote my_irina 1-6-2021 08:47 PM
It's a hard knock life for us!!!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.043358 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top