CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Disaman Jiran Kerana Bercakap Terlampau Kuat

1-6-2021 11:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1955| Komen: 5

Seorang wanita kulit hitam didenda AS$385 (RM1,585) selepas jirannya mengadu kepada polis dia ‘bercakap terlampau kuat’ dengan seseorang di dalam telefon.

Ketika kejadian, Diamond Robinson sedang berjalan ke rumahnya di Eastpointe, Michigan sambil bercakap di dalam telefon, 27 Mei lalu.



Kredit foto: Mirror

Tiba-tiba, jirannya berkulit putih yang baru berpindah ke kawasan itu menghampirinya dan meminta supaya dia menamatkan perbualan atau bercakap lebih perlahan.

Robinson kemudian menjawab kepada wanita itu supaya menjauhkan dirinya serta merta.

Namun, tidak sampai beberapa minit selepas itu, pihak polis tiba di lokasi kejadian dan Robinson merekodkan insiden tersebut menerusi Facebook Live.

“Saya berharap awak semua tahu perkara ini direkodkan. Saya tidak berbuat apa-apa kesalahan kerana hanya berjalan seperti biasa dan bercakap di telefon,” katanya.


Disebabkan kejadian itu, wanita tersebut kecewa kerana dia menjadi mangsa sasaran berkulit hitam dan didenda atas alasan mengganggu ketenteraman awam.


Sumber: Utusan Malaysia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 1-6-2021 12:21 PM
i wish we have this in malaysia
nk saman jiran atas yang anaknya main lompat getah, bola sepak tiap2 gamaknya
bila ditegur menggangu dan bising
di hempasnya pintu

Quote Zazama 2-6-2021 10:40 AM
Saya dgn ini mmg nak mengaku lah akan rasa terganggu bila kalau duduk, contohlah, 1.) di klinik tgh tunggu giliran org sebelah kerusi tgk video kt hp guna volume yg kuat,  2.) bila ada 2 org manusia tiba2 bertembung tgh jalan di depan rumah, bercakap volume serupa mcm pembesar suara kt stadium pdhal jarak memasing bukan jauh pun.
Quote TOPwind 2-6-2021 11:39 AM
jika berjiran dgn arang  aka bontot kuali habislah radio kuat cakap pun kuat tu belum kena todi lagi.
Quote aqissa 2-6-2021 12:16 PM
Aku pulak tgh tunggu masa nak report kat.mpk... jiran bela.ayam.. itik n 3.ekor anjing... bau... bising sume ada... menyampah pulak... nak tegur takot isu bangsa pulak nanti.
Quote anisanim 2-6-2021 06:35 PM
Serba x kena, bila salah x nak mengaku ni.. Kalau aku rasa terganggu jugak, kot la dok kwsn rumah murah.. Ko kentut seblah pun dengar hahahaha..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.028733 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top