CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Alamak! Pengantin Perempuan Patahkan Besi Di Majlis Sanding

2-6-2021 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4872| Komen: 33

Seorang pengantin perempuan menjadi sensasi internet susulan video aksinya mematahkan dua batang besi semasa majlis perkahwinannya menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum dengan kehebatan wanita tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.


Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram @media.virals itu, seorang wanita lengkap berpakaian pengantin berwarna hijau dilihat sedang melakukan percubaan untuk mematahkan besi di hadapan pelamin.


Aksi pengantin tersebut yang mematahkan besi dalam majlis perkahwinannya menjadi tular di media sosial. – Instagram @media.virals/Suara.com

Dalam aksi pertamanya, pengantin tersebut cuba mematahkan sebatang besi menggunakan paha kirinya.

Dengan hanya sekali percubaan, besi tersebut patah dua.

Selepas aksi pertamanya itu, pengantin tersebut meneruskan aksi keduanya dengan percubaan mematahkan sebatang besi yang diletakkan antara dua batang tiang.


Dengan hanya menggunakan sebelah tangan dan sekali hentakan, besi tersebut patah kepada dua bahagian.

Aksi tangkas pengantin perempuan tersebut mendapat perhatian netizen dengan ramai yang meluahkan rasa kagum mereka selain ada yang secara berseloroh meramalkan nasib yang bakal menimpa pengantin lelaki.



“Kalau suami curang, pasti retak buah pinggangnya,” tulis seorang pengguna.

“Sumpah, tak berani tambah isteri,” tulis seorang lagi netizen.


Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ciktiekus 2-6-2021 12:05 PM
Ye..itu sebenarnye warning utk suami die..agagaga
Quote cmf_premierleag 2-6-2021 12:08 PM
tu amaran utk laki dia..if ko curang dgn haku, sedangkan besi pun aku bleh patahkan, apatah lagi badan orang
hah gittewww
Quote adm7 2-6-2021 12:09 PM
So?

Quote eyansss 2-6-2021 12:11 PM
hahaha...  kejung terus telur laki...  hahahaa... pikir banyak kali nak mencurang...
Quote insulin 2-6-2021 12:13 PM
Sekarang gantikan besi tu dengan titanium pula.
Quote JohnyEnglish 2-6-2021 12:15 PM
friska pasti berbangang
Quote batusembilan 2-6-2021 12:23 PM
garangnyaaaaa hahaha
Quote MissYouSayang 2-6-2021 12:27 PM
Habis la konik laki dia patah nanti
Quote MuhdAisy 2-6-2021 12:28 PM
Suami dia confirm fikir 2-3 kali kalau nak curang hahahahha
Quote zulka 2-6-2021 12:28 PM
alaa besi nipis camtu bolehla, cuba bagi lock steering
Quote user.name 2-6-2021 12:41 PM
mc majlis tu tak bunyi indon sangat? kalau tengok video jah iols hengatkan kat malaysia ni hah
Quote exclusive_vvip 2-6-2021 12:45 PM
pengantin2 indon mmg suka buat show@drama sinetron eh masa majlis
Quote Tinot7 2-6-2021 01:09 PM
Wooo... terenya acik...
Quote sukacactus 2-6-2021 01:17 PM
Untuk apa ye persembahan ni
Nak kasi 1 amaran keras utk suami or pencaras ke
Quote bedahmenjuyah 2-6-2021 01:21 PM
user.name replied at 2-6-2021 12:41 PM
mc majlis tu tak bunyi indon sangat? kalau tengok video jah iols hengatkan kat malaysia ni hah

Ha ah lah suara mc mcm kat sini. Tp tgk pakaian Pengantin tak dpt disangkal lagi. Agaknya ni di palembang atau sewaktu dengan nya kata nya slang sama
Quote VioletsAre_Blue 2-6-2021 01:23 PM
Nipis je besinya, iols pun boleh kalau macam tu
Quote Artemesiaa 2-6-2021 01:53 PM
Mungkin sebagai amaran jugak buat suaminya tu jangan nak macam2 besi pun senang je dia nak patahkan apa lah sangat kalau sekadar tulang belulang.
Quote grouper 2-6-2021 01:57 PM
Okla show patahkan besi dari peluk exbf mcm aritu..paling best show aksi pengsan pengantin pompuan bila ex dtg.. happening betul kenduri kawin indon ni
Quote jfq 2-6-2021 02:00 PM
Motif?     

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.086732 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top