CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mampu Berdepan Jangkitan Covid-19, Enot Bukan Berlagak

2-6-2021 02:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2520| Komen: 7

Pelakon dan pelawak, Enot disahkan positif COVID-19, Ahad lalu enggan menjadikan ujian penyakit dihadapinya sebagai tekanan dalam hidup.


Kredit foto: IG Enot


Reda dengan apa yang berlaku, Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah berkata, dia berfikiran positif untuk terus kuat melawan ujian penyakit itu.

"Saya pernah mengeluarkan kenyataan. Jika saya mampu menghadapi kanser selama tiga tahun, pastinya saya boleh tahan selama 14 hari untuk berdepan dengan jangkitan COVID-19 ini.

"Apabila saya meluahkannya bukan bermakna saya cakap besar atau berlagak seperti disangka netizen, tetapi ia lebih kepada strategi dari aspek psikologi untuk saya terus kuat berdepan dengan situasi ini.

"Hakikatnya, saya tetap goyah, tetapi saya tidak mahu nampak lemah dan bangkit berjuang melawan perasaan negatif," katanya ketika dihubungi BH Online.



Bagi membuktikan kata-katanya itu, pelakon berusia 43 tahun itu gigih berdikari menguruskan diri walaupun dalam keadaan tubuh yang masih lemah.

"Meskipun lemah, saya berusaha melawan kesakitan yang dihadapi. Saya akan melakukan pemeriksaan sendiri seperti tekanan darah, setiap hari.

"Saya memastikan makan ubat dan amalkan kaedah alternatif yang disarankan untuk pesakit COVID-19 berdasarkan pembacaan sebelum ini," terangnya.

Berkongsi asbab penyakitnya itu, dia memaklumkan jangkitan virus itu diperoleh di sebuah lokasi penggambaran.

"Saya menjadi kontak rapat kepada seorang kru di lokasi penggambaran, minggu lalu. Ketika ujian saringan dijalankan keputusan adalah negatif.

"Bagaimanapun, saya tetap menjalani kuarantin kendiri di rumah. Keadaan saya sangat lemah dan mengalami demam yang teruk, selain batuk dan muntah sepanjang minggu lalu.

"Saya tidak mahu menuding jari pada sesiapa dan anggap apa yang berlaku disebabkan kecuaian saya. Mungkin sikap saya ambil mudah dari segi penjagaan kebersihan seperti tidak sanitasi tangan selepas mengambil barangan.

"Apa yang berlaku dijadikan satu pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang," kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Mat Despatch ini.

Dalam pada mahu kelihatan kuat, Enot berkata, ada ketika jiwanya rapuh apabila tidak dapat bersama insan tersayang disebabkan keadaannya itu.



"Saya tinggal bersama anak dan sepupu. Mujur, keputusan ujian saringan mereka negatif. Saya hanya mampu memandang mereka dari jauh dan tidak dapat nak memeluk mereka seperti sering dilakukan.

"Jika nak tengok pun, mereka akan naik ke atas dan hanya setakat di depan pintu bilik sahaja. Kucing saya pun begitu, tidak dapat nak manjakan.

"Apapun, saya bersyukur kerana kawasan kejiranan sangat prihatin. Mereka mengambil berat terhadap kebajikan dan keluarga dengan menghantar makanan ke rumah saya," cerita Enot.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-6-2021 03:30 PM
Geram juga kan
Kita.ikut.sop
Tetiba ada je yang dok rapat2.swmbang bagai
Sembang berjarak tak.boleh?
Quote macikkohijau 2-6-2021 05:30 PM
Ramai yang tak annggap serius
Quote Nenasketum 2-6-2021 07:49 PM
Aku kalau ada mangkuk nak berdiri dekat2 aku sound secara menyantuni, ‘do you mind’ sambil tangan aku membuat aksi ‘pigi lah diri jauh2, mangkuk’.
Quote dudaberhias 2-6-2021 08:03 PM
enot macam mana? dia ada kanser haritu kan?

harap2 sihat la sheols
Quote user.name 2-6-2021 09:15 PM
nampak buruk sangat yachh ko punya dressing kat gambar family tuh? walaupon ko dah terpaling tinggi kat situ tetap la ko yang terhauk dengan ko punya serkup kepala entah hapa punya pesen?
Quote LadyCarefree 2-6-2021 11:42 PM
Single mom kah dia?
Quote supermum 3-6-2021 01:27 AM
Enot ni dalam tv rupa dia not bad. Tak kepam walaupun badan besar. Bagi aku la.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.038822 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top