CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“PKP Memang Terkesan,"-Sufi Rashid Nak Jual Kereta Audi

2-6-2021 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6826| Komen: 32

Gara-gara pening memikirkan soal penjagaan kereta yang berusia tiga tahun, penyanyi Sufi Rashid mula berkira-kira untuk menggantikannya dengan yang baharu.

Bukan untuk memuaskan kehendak, namun Sufi atau Muhammad Sufi Rashid, 30, berkata, dia mencari kenderaan yang lebih sesuai digunakan untuk aktiviti hariannya.

Foto: IG

“Dah tiga tahun guna kereta ni, jadi nak jual sebab nak beli lain yang lagi baru... nak jaga lagi senang.

“Kereta tak ada buat hal, sangat banyak berjasa selama tiga tahun. Kalau minor tu adalah, tapi bukan setiap bulan buat hal. Kereta continental memang high maintenance” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Sufi menerusi Instagram meluahkan hasrat untuk menjual kereta Audi S5 3.0 V6 dan meminta individu yang berminat untuk menghubunginya segera.



Kredit foto: IG

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang kereta baharu yang bakal dibelinya, Sufi berkata, dia enggan berkongsi tentang perkara yang mungkin menimbulkan kecaman netizen.

Kata Sufi, dia memilih untuk menukar kereta pada masa-masa yang sukar ini bukan bermaksud kewangannya sangat stabil, sebaliknya masih perlu bekerja keras untuk menjalani kehidupan.



"Memang upgrade kereta, tapi saya tak nak la share kereta apa, sebab sekarang ni musim PKP nanti timbul kecaman pula.

"Saya bukan jenis suka share sangat, orang tengah struggle dan susah, so elok tak payah share benda yang tak perlu.

"Kewangan tu tidaklah stabil sangat, yang penting hidup kena rajin usaha kalau nak maintain apa yang ada... tambahan pula masa macam ni.




"Saya kerja berniaga bermula lepas subuh sampai sampai pukul 5 petang, lepas tu malam buat live rapatkan hubungan dengan peminat dan pelanggan saya untuk expose.

"Kehidupan saya dengan isteri memang busy, tapi gunakan masa tu seelok-eloknya daripada melepak tak buat apa-apa atau mengharapkan duit daripada langit memang taklah," ujarnya lagi.

Selain itu, Sufi juga memberitahu dia kini tidak bergantung kepada hasil pendapatan sebagai penyanyi berikutan keadaan dunia yang kini berdepan pendamik Covid-19.




Dia bersyukur sudah memulakan perniagaan makanan ringan yang diusahakan bersama isterinya sejak setahun lalu.

"Siapa je tak terkesan dengan PKP, semua artis effected, ada show pun buat virtual je. Saya lebih fokus kepada perniagaan kerepek, sambal dan coklat bersama isteri.

"Terkesan tu memang terkesan la, tapi tidaklah teruk sangat, sebab saya tak mengharapkan sepenuhnya kepada kerjaya seni saya, buat bisnes, Alhamdulillah," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supermum 2-6-2021 02:49 PM
Jual kereta sebab terkesan pkp tapi upgrade kereta? Komfius sis
Quote PristineOne 2-6-2021 03:09 PM
Nak jual sebab efek cobid...jual je la..Tak payah sulam pulak ngan cakap upgrade keta.

Semua ter efek penangan cobid..Apa la nak dimalukan.
Quote slyfynx 2-6-2021 03:18 PM
Kalau terkesan, orang beli kete lg murah, bukan upgrade.
Ngok ngek
Quote Ciktiekus 2-6-2021 03:24 PM
Simple je rumah..sofa sketui, ghobok sketui,meja mkn
Quote SalenaGomez 2-6-2021 03:24 PM
Dah habis free maaintenance period lah ni kot or nearly... kereta continental mmg mahal maintenance nya...so baik jual amik baru...dpt maintenance free balik
Quote laksmanabentan 2-6-2021 03:25 PM
bagus la beringat..
Quote aznizazzadele 2-6-2021 03:51 PM
story sampah apa ni derrr...
Quote Raline 2-6-2021 03:53 PM
SIAPA DIA NI doh? TAKAT AUDI
Quote eizarz 2-6-2021 05:02 PM
sapa ni....{:thief{:laugh
Quote cikgojesss 2-6-2021 05:18 PM
sebenarnya nak bagitau yang heshe berduit hasil berbisnes.. tu je lol
Quote macikkohijau 2-6-2021 05:29 PM
Semoga dipermudahkan
Quote Mulotkoyak 2-6-2021 07:16 PM
Ak xbole hadam citer ni... Knape ngekkk sgt
Quote alesandra 2-6-2021 08:12 PM
Sendu2 pun audi ko.pakai viva je udah.
Quote hotmak 2-6-2021 08:15 PM
wife dia jual apa, bukan artis ni jual apa pun laku ke
Quote dudaberhias 2-6-2021 08:15 PM
kalau terkesan bukan ke orang jual simpan cash ke? bukannya upgrade kete lain...

entah la lantak lah duit dia...
Quote blackpaper 2-6-2021 08:42 PM
bodoh nya cerita dia ni....serius la aku tak kenal....artis ke pemain bola ke DJ ke...?????
Quote Ferr_Remy 2-6-2021 09:05 PM
Bagusla. Artis kalau ade yg acah2 trkesan pun sbb maintanance. Acah2 nak idup mewah cam dulu mmg tak dpt la. Better pakai kancil je da.
Quote minahlondon 2-6-2021 10:29 PM
Rajin buat live dia n wife....tp rasenye dari nk upgrade kete better upgrade rmh..cari rmh landed ke....kann..
Quote matseh 2-6-2021 10:36 PM
Wow 400k car. Sapa ada duit?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.057345 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top