CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjaja kecil tidak perlu kelulusan Miti

2-6-2021 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2763| Komen: 12

Penjaja di Shah Alam. FOTO Arkib NSTP




Putrajaya: Penjaja kecil di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) untuk berniaga.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam satu kenyataannya berkata, penjaja kecil ini hanya perlu menunjukkan permit penjaja dikeluarkan oleh PBT.

Bagaimanapun katanya, sekiranya lokasi perniagaan penjaja kecil ini perlu merentas daerah, mereka perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengemukakan bukti permit penjaja yang sah.


"Kebenaran untuk berniaga ini hanya terpakai untuk penjaja kecil sahaja dan bukan untuk operasi pasar tani, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu.

"Keputusan ini berkuatkuasa serta merta dan terpakai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

"Penjaja kecil yang diberi kebenaran beroperasi dan melakukan pergerakan rentas daerah mestilah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh sehingga 14 Jun ini.

Menerusi sekatan berkenaan, hanya beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi dan perlu mendapatkan kelulusan menerusi portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 oleh Miti.




Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-6-2021 05:29 PM
Hari ni ramai juga iols tengok berniaga
Termasuk yng baru nak.mula
Quote Janjimanismu123 2-6-2021 05:29 PM
Betul la tu..jgn susahkan rakyat
Quote Owlbyndboned 2-6-2021 06:51 PM
yang ni bagus {:good
Quote Skuau 2-6-2021 06:59 PM
makasih pak....ya... kita emangnya ngak minta ijin...-indon.
Quote lavieenrose 2-6-2021 10:50 PM
Boleh la beli nasi lemak tepi jalan esok
Quote Yam29121992 2-6-2021 11:08 PM
Sory gais. Nak kutip kacangg
Quote Decaffeinated 2-6-2021 11:30 PM
Alhamdulillah

cuma masalahnya area aku takde penjaja kecil. Happy for them.

Quote Kelakatu88 2-6-2021 11:55 PM
Bahagia dengar takde la aku kempunan goreng pisang acik niah
Quote airmineral 3-6-2021 06:35 AM
good one..sekurangnya2 drg masih boleh cari rezeki dlm radius masing2
Quote renko 3-6-2021 09:35 AM
nasib baik ada mati
eh miti
Quote MoonRise 3-6-2021 09:53 AM
Bagus la, tapi harap2 customer yg datang beli tu, ikut la sop.
Peniaga pon sama.

Nie ada yg berniaga tak pakai mask
Quote ninja boy 3-6-2021 10:16 AM
Edited by ninja boy at 3-6-2021 10:25 AM

M40 yg rasa x adil tu x payah buy B40, B40 dpt macam2 pertolongan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.045222 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top