CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Dua Lelaki Selamba Campak Mayat Pesakit Covid-19 Ke Dalam Sungai

3-6-2021 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2422| Komen: 8

New Delhi: Tular sebuah video di Uttar Pradesh, India menunjukkan dua individu membuang mayat pesakit disyaki meninggal dunia akibat Covid-19, ke dalam sungai.

India Today melaporkan suspek dikenal pasti sebagai Sanjay Kumar dan Manoj Kumar ditangkap hasil maklumat pengguna jalan raya yang menjadi saksi perbuatan mereka, Sabtu lalu.

Menerusi rakaman video yang tular itu, kelihatan dua lelaki dengan seorang daripadanya memakai pakaian perlindungan diri (PPE) berdiri di tepi jambatan di Balrampur.


Kedua-dua lelaki itu kemudiannya bertindak membuang jenazah yang disyaki pesakit Covid-19 ke dalam Sungai Rapti.

Jurucakap polis memaklumkan, pihaknya mengenal pasti mayat itu sebagai Premnath tanpa menyatakan hubungannya dengan kedua-dua suspek.


Sementara itu, New York Post melaporkan Premnath dimasukkan ke hospital pada 25 Mei lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Premnath meninggal dunia ketika menjalani rawatan dan pihak hospital pada awalnya menyerahkan mayat kepada keluarga untuk upacara pembakaran mayat.

Bagaimanapun, mayat Premnath dipercayai dibawa oleh kedua-dua suspek ke sungai untuk dibuang begitu saja.

Video itu tular dua minggu selepas pihak berkuasa India menemui 70 mayat yang terapung di Sungai Gangga dipercayai mangsa Covid-19.

Ketika ini, negara di Asia Selatan itu sedang melawan gelombang kedua dengan hampir 28 juta kes dilaporkan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 3-6-2021 08:57 AM
Tolol dan org situ berpisah teda.
Kau buang dlm sungai tu, tah hapa2 tah lagi kuman/germ/bacteria merebak membiak dlm sungai tu. Lps tu kau minum/mandi/buat upacara dlm sungai tu. Then telan sekali germ2 tu. Pengotor
Quote rospinki 3-6-2021 09:06 AM
apasalah ditanam je..buat kubur. bodoh betul keli pari2 ni..byk makan kari.
Quote Kurex 3-6-2021 09:26 AM
Mandi minum makan lumur air kencing & taik lembu korang sanggup. Nak urus mayat mangsa covid takut pulak{:question
Quote jiwarasa 3-6-2021 09:38 AM
Elokla tu lepas tu ikan.. Labi2 yg makan mayat pun kena covid. Pastu korang juga gi pancing makan
Quote imransulaiman 3-6-2021 10:23 AM
Kenapa tak bakar je? Dorang ni kan kaum bakar mayat?
Quote cupu 3-6-2021 10:39 AM
Klu aku baik gali lubang la..klu penat xyah dlm sgt tutup tanah tu ngan kayu plk....atleast xde la sakit mata tgk mayat dlm sungai tu.
Quote Cieejiee 3-6-2021 11:46 AM
so scaryy ey..
Quote hyunniesSS501 3-6-2021 11:53 AM
pupuslah populasi india lepas ni
covid dah ada dlm hidupan sunngai

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.163401 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top