CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Surat Kebenaran MITI Jual Minuman Keras

4-6-2021 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1587| Komen: 2

Polis memberi amaran kepada semua peniaga agar tidak menyalahgunakan surat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan sewenang-wenangnya.

Ini kerana, menurut Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar, pihaknya mengesan sebuah premis menjual minuman keras yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan beroperasi ketika sekatan pergerakan penuh (total lockdown).


Katanya, maklumat diterima daripada seorang pengadu menyatakan sebuah premis menjual minuman keras telah mendapat surat kebenaran MITI untuk peruncitan makanan dan minuman seperti tular di media sosial.


Polis Daerah Brickfields mengesan sebuah premis menjual minuman keras yang melanggar SOP dengan beroperasi ketika total lockdown. - Foto Polis Brickfields

"Hasil pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati, ia hanya menjual minuman keras semata-mata, yang dianggap sebagai bukan barangan keperluan.


"Pihak polis mengambil tindakan dengan memberi nasihat dan mengarahkan premis terbabit tutup dan mereka akur, serta tindakan telah diambil seperti mana diarahkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuar menegaskan, pihak polis memandang serius isu pelanggaran SOP total lockdown yang dikuatkuasakan kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat sekiranya terdapat pelanggaran SOP dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22979222 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan."


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 4-6-2021 12:24 PM
Lockdown apa jadah. Bnyk je kereta atas jalan raya. Lawak antarabangsa ke apa ni?
Quote msdummy.2018 4-6-2021 12:46 PM
Lift up ajer balikkk...apa jadah lockdown kalo sma org berpusu2 mnta kebenaran...xpyh nknsusah ht kes naik atau bilangan kes mati naik sb cobid...cobid jerrkkk punnn...yg ko patut riso org mati bunuhndiri sb hlg kerja

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.033655 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top