CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Gelaran ustaz ini tiada apa-apa kelebihan pun, hakikatnya semua manusia sama' - Suhaimi Saad

5-6-2021 02:19 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5145| Komen: 34

Kredit foto : Instagram Suhaimi Saad



Suhaimi Saad baru-baru ini mengumumkan "meletak jawatan" dari menjadi penyanyi nasyid serta meminta orang ramai tidak memanggilnya ustaz sebaliknya lebih selesa menggunakan nama biasa. 

Ini kerana baginya, panggilan ustaz satu gelaran yang tidak memberi apa-apa makna pun kerana hakikatnya manusia semua sama sahaja.

Tambah bekas anggota kumpulan InTeam itu lagi, pengalamannya selama 21 tahun berada dalam industri seni, dia telah bertemu dengan pelbagai ragam manusia.

"Hakikatnya semua manusia sama. Apapun gelaran atau genre yang kita bawa, itu tidak akan memberi kelebihan pada kita sama ada di dunia mahupun akhirat.


"Ia kerana Allah tidak menilai seseorang berdasarkan gelaran atau jenis muzik yang kita bawakan. Jika niat baik, senikata dan cara penyampaiannya, maka baiklah balasan yang akan kita terima.

"Sebaliknya kita tidak akan pernah menjadi maksum hanya kerana kita membawakan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan atau hanya dengan meletakkan gelaran ustaz di awal nama kita," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Suhaimi lagi, ustaz hari ini tidak lagi seperti ustaz dahulu.

"Sekarang kita ada macam-macam ustaz antaranya ustaz segera ,ustaz kaki perempuan, ustaz mencabul, ustaz tipu duit umrah dan pelbagai jenis ustaz lagi.

"Apakah kita harus bangga dengan gelaran ustaz? Dulu ustaz adalah satu gelaran yang sangat terhormat dan mulia di mata masyarakat," 

Menurutnya, yang paling utama bukan gelaran sebaliknya akhlak dan amalan yang dibuat. Itu yang perlu sama-sama kita rebut, usaha dan buktikan," katanya.

Ya mungkin ada kebenaran juga apa yang dikatakan oleh Suhaimi berkenaan Allah tidak menilai seseorang berdasarkan gelaran namun dari sudut lain pula, panggilan ustaz itu mungkin sebagai tanda menghormati ilmu yang dimilikinya sebagaimana maksud ustaz itu sendiri adalah guru agama (lelaki).  

Apapun, itu pendapat masing-masing, apa pula pendapat korang? - CARI




1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote watatakut 5-6-2021 02:30 AM

aiikkk pakai mask jugak rupanya

Quote CatMiow 5-6-2021 03:11 AM
watatakut replied at 5-6-2021 02:30 AM
aiikkk pakai mask jugak rupanya

Pakai la, kalau tak melayang fulus...  
Quote joyahPPR 5-6-2021 03:31 AM
banyak lah ustaz tak ada kelebihan..dah tentu ilmu ustaz itu wajar dihormati dan soal amalan dia tu antara dia dengan Allah..tak kan sebab sorang dua ustaz zaman sekarang dalam kategori ustaz segera, ustaz kaki perempuan..habis ustaz lain terpalit sama wahai mosus?
Quote wnwa05 5-6-2021 04:10 AM
Apa gelaran pun tak beri kelebihan? Habis tu ulama... Wali Allah tu bukan satu kelebihan ke
Quote Nadiabella 5-6-2021 04:42 AM
Why do i find him so pengotor......
Quote dudaberhias 5-6-2021 05:07 AM
Nauzubillah min zalik kepam dan busuknya gigi jarang. Janggut dia tu pun serabai, nampak macam dia terjatuh dalam bilik air dan berus kain melekat dekat dagu dia permanently.
Quote dubuk 5-6-2021 08:18 AM
tengkorak kau
Quote astatine 5-6-2021 08:30 AM
Kau tu yg xrasa layak jd ustaz sbb memang xlayak.
Pagi2 nampak gambo ko..muntah balik bekpes aku
Quote ReginaGeorge 5-6-2021 09:08 AM
Besarnya face mask dia. Dah macam seluar katak la pulek.
Quote JohnyEnglish 5-6-2021 09:36 AM
Meh kita tgk ape komen world leader susulan sohai rsign jad penyanyi nashid.ni yg sempat aku baca hari tu
Joe Biden-hari malang buat Malaysia atas kehilangan sebutir permata seni.kami yakin Terdapat campurtangan China dan Russia.
Netanyahu-ini bukan salah Yahudi
Lobai PUS-DAP mesti bertanggungjawab dlm hal ini.kami yakin ss telah dihasut oleh dasar kristinisasi
PM Abah-apa kabar semua,masih hidup ka semua
Arab Saudi-ini petanda kiamat sudah dekat,bertaubatlah semua
Korea Utara-ini petanda perang
Quote tokchik 5-6-2021 12:39 PM
Gambar dgn face mask maroon Tu nampk  macam dia serkup Seluar Dalam sebagai mask
Quote Atiesha 5-6-2021 12:43 PM
Tgk muka dia pon geli....jambang pon x trim....serabai...nak simpan jambang p la trim wei......eee
Quote jiwarasa 5-6-2021 01:34 PM
JohnyEnglish: Meh kita tgk ape komen world leader susulan sohai rsign jad penyanyi nashid.ni yg sempat aku baca hari tuJoe Biden-hari malang buat Malaysia atas kehi ...


Mana lah dapat ayat2 ni
Quote shida81 5-6-2021 01:52 PM
Ya allah... Ada ke org pggl dia ustaz...
Quote sharlenetexas 5-6-2021 02:02 PM
Ustaz gayahdar

Quote Moyangkucing 5-6-2021 02:08 PM
Untuk sohai memang la tak ada guna sebab sohai memang tak berguna .
Quote nora_balqis 5-6-2021 02:27 PM
mane blh nak sama kan semua ustaz mcm tue

ramai jer ustaz yg mmg baik n berilmu..cth ustaz wadi annuar,dgr ceramah dia pun rase mendalam kat hati
Quote TomyamPuteh 5-6-2021 02:54 PM
Sian sohai. Mendambakan title ustaz rupanya selama ni.
Quote Hazifahrun1906 5-6-2021 04:35 PM
Klu msih blh scra rasional tlg la buang pemikiran pelik2 2

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.038662 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top