CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ngeri, kamera dron rakam detik terhempas ke dalam lahar gunung berapi di Iceland

5-6-2021 02:56 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6808| Komen: 45



Tahukah anda, di Iceland terdapat sebuah gunung berapi aktif yang terletak di Semenanjung Reykjanes. Gunung berapi yang dinamakan sebagai Gunung Berapi Fagradalsjfall itu dilapor telah meletus sejak 19 Mac lalu dan masih memuntahkan laharnya sehingga ke hari ini.

Hari demi hari, lahar panas yang mengalir masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan terhenti. Fenomena semulajadi itu dipercayai telah menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke sana sambil menikmati pemandangan ‘panas’ tersebut.

Rakam ‘kematian’ sendiri

Baru-baru ini, seorang Youtuber, Joey Helms menjalankan rakaman pemandangan lahar di gunung berapi itu dengan menggunakan kamera dron. Dron yang dipandu dari jauh telah melalui lurah-lurah laluan lahar tersebut.


Hasil rakaman mendapati, lahar yang ‘mengalir’ deras itu berwarna merah terang dan kehitaman, menunjukkan ia begitu panas dan sangat berbahaya. Dron itu juga mengambil risiko tinggi apabila terbang melalui lurah yang panas itu.

Bagaimanapun masalah mula berlaku apabila dron itu menghampiri kawasan puncak gunung yang dipercayai tempat keluarnya lahar. Lahar panas itu mengalir deras bagaikan ombak besar, sehingga memercikkan cecair ke udara.

Percikan lahar kemudiannya terkena ke arah dron kerana mungkin tidak sempat dielak. Rakaman terhenti secara tiba-tiba. Akhirnya, dron yang dipandu itu hilang kawalan dan dipercayai jatuh terhempas lalu terbenam ke dalam aliran lahar.

Namun, klip rakaman berjaya direkodkan di pangkalan dan dimuat naik ke Youtube beberapa jam selepas kejadian. Mungkin sukar untuk percaya, tapi inilah detik ‘kematian’ dron yang dirakam dari lensanya sendiri. Mari tonton klip rakaman tersebut di bawah ini.



Sumber: ABC / SKY News/SK

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Note8687 5-6-2021 03:08 AM
Wowwwwww sgt.

Tak rugi la Dron tu terkorban, video ni priceless.
Quote sehirkedi 5-6-2021 03:13 AM
Fuhh.. Mahal rakaman ni..
Tapi 'dron' telah tiada..
Quote CatMiow 5-6-2021 03:14 AM
Tak boleh bayangkan betapa panas gunung berapi dan matahari.
Quote mily 5-6-2021 03:30 AM
Insaf... Huhu.. Byangkan akhirat neraka je ni...
Quote wifenajib 5-6-2021 03:45 AM
Bila tengok video ni terus terbayangkan nekara mcm ne lah. Kalau dunia pon dh mcam ni
Quote haifawehbe 5-6-2021 05:38 AM
wifenajib replied at 5-6-2021 03:45 AM
Bila tengok video ni terus terbayangkan nekara mcm ne lah. Kalau dunia pon dh mcam ni

katanya neraka berwarna hitam sebab terlampau panas.. api neraka sebesar lubang jarum bila jatuh ke bumi terus hancur. api yg ada dekat bumi ni pun dah dibasuh berkali2 dgn air utk sesuaikan dgn persekitarannya.. insaf sekejap iols..
Quote sukacactus 5-6-2021 05:47 AM
Dekat sgt perginya
Patut la terpercik
Quote Perawankota 5-6-2021 06:54 AM
Takut tgkk
Quote TOPwind 5-6-2021 08:11 AM
CatMiow replied at 5-6-2021 03:14 AM
Tak boleh bayangkan betapa panas gunung berapi dan matahari.

tak sampai 1% panaNYA api neraka


Quote CatMiow 5-6-2021 08:53 AM
TOPwind replied at 5-6-2021 08:11 AM
tak sampai 1% panaNYA api neraka

Tu la,  Menggelegak,
Quote Tinot7 5-6-2021 08:58 AM
Takziah kpd pemilik dron...
Quote ctcheery 5-6-2021 09:15 AM
haifawehbe: katanya neraka berwarna hitam sebab terlampau panas.. api neraka sebesar lubang jarum bila jatuh ke bumi terus hancur. api yg ada dekat bumi ni pun da ...

Ya Allah... takut nya
Quote Scheherazade 5-6-2021 09:43 AM
Goosebumps nengok. Ni br lahar gunung berapi, neraka tu jauh lg pns, huhu
Quote shernazz 5-6-2021 10:17 AM
haifawehbe replied at 5-6-2021 05:38 AM
katanya neraka berwarna hitam sebab terlampau panas.. api neraka sebesar lubang jarum bila jatuh k ...

Iols teringat.pic matahari..
Yang hitam tunadalah titik panas matahari..
Huhuuu
Quote novelloverzz 5-6-2021 10:54 AM
speechless
Quote naina 5-6-2021 10:59 AM
Mana videonyaa
Quote naina 5-6-2021 11:01 AM
Kenapa dia tuju ke kawah yang tengah menggelegak tu..KLU ke atas sikit selamat. Btw macam air terjun dia punya muntah larva..begitulah ciptaan tuhan. Air terjun sejuk ada yg terlampau panas.
Quote cmf_premierleag 5-6-2021 01:55 PM
RIP drone
jasamu tiada tandingan   
iols spt speechless ya tgk aksi2 terjunam tu
Quote edee_91 5-6-2021 02:16 PM
susah sangat nak sebut nama gunung berapi tu. aku sebut faraj volcano jelah senang cerita.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.034004 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top