CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dijadikan Ikon Orang Tidak Puasa, Anak Bell Ngasri Dipersenda Rakan Sekolah

5-6-2021 01:58 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 4500| Komen: 9|Original author: Oleh:Rikuren


Nama Bell Ngasri menjadi sebutan apabila watak Barkoba dalam filem 18 Puasa mencuri perhatian penonton. Semuanya gara-gara watak Barkoba yang dilakonkannya dalam filem 18 Puasa di Kampong Pisang arahan Mamat Khalid.

Ungkapan 'yak yak yay' yang sering disebutnya dan plastik hitam dipaparkan dalam karya itu menjadikan watak Barkoba popular hingga ada yang menjadikannya ikon orang tidak berpuasa.

Kredit Foto - Harian Metro

Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri mengakui terkejut, namun lucu dengan jolokan yang diberikan netizen. Namun, perkara lain yang tidak dapat dilupakan berkaitan watak Barkoba ialah apabila ia menjadi bahan sendaan rakan sekolah anak-anaknya.


Kredit foto - Instagram Bell

"Lucu apabila anak-anak mengadu kawan sekolah anggap saya tidak puasa disebabkan watak Barkoba. Iyalah, bapa orang lain jadi ikon baik-baik, tetapi berbeza dengan bapa mereka.

"Mujurlah, anak-anak sedia maklum bapa mereka seorang pelakon. Jadi, tidaklah mereka ambil serius dengan sendaan yang dibuat rakan sekolah," memetik laporan Berita Harian.

Sememangnya lakonan Bell memang tidak mengecewakan sehingga sehingga terbawa-bawa di sekolah anak-anaknya. Ternyata watak Barkoba telah membuatkan nama Bell kembali menjadi sebutan selepas lebih 30 tahun bergelumang dalam seni lakonan.

Tahniah Bell!

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 5-6-2021 03:42 PM
Harap anak dia steady tak sampai betumbuk dgn kwn tu Tapi masa barkoba dgn kwn2 dia tuang posa tu geli aih tgk dorang makan gaul2 kari tu suap comot sambil bercakap. Nak termuntah aku
Quote Cece1234 5-6-2021 03:44 PM
Haha budak2..sume pun nak mengejek..
Quote Noraniza_Iblis 5-6-2021 04:10 PM
Dlm cite ni aku tergelak tgk joey, yg sengau tu dgn abg J je..
Quote kiah_mai_pulak 5-6-2021 04:13 PM
ni baru kes sbb berlakon, yg artis2 lain tu mcm mana kalau kes video2 tersebar, gmbr lucah tersebar.. mcm mna anak dorang tu ek?
Quote user.name 5-6-2021 05:12 PM
overr jah dah memang sah2 berlakon apa masalahnya? ni sama lah dengan geng yang over tengok acik fadilah mansor jadi opah jahat sampai gegeh cari ig semata nak komen babi mohtipp?
Quote user.name 5-6-2021 05:14 PM
takat berlakon tak puasa jah pon nak jadi bahan? ko tengok anak mona fendi tu lagi kesian kena sisih dengan jiran2 dah nak kahwin pon kena reject takde pon heshe gegeh nak meroyan nak menggelabah tetek segala?
Quote KIM.K 5-6-2021 08:22 PM
Maybe cikgu boleh jemput ke sekolah untuk sesi motivasi. Sambil tu selit pengalaman profesional
Quote biozipstar 5-6-2021 11:01 PM
okaylah tu kawan2 tahu ... janganlah sontap anaknya... kan berlakon....
Quote Perawankota 5-6-2021 11:51 PM
Anak2 x nak berlakon jugak ke

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.100714 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top