CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Suara Kecil Dalam Kepala,"-Dah Empat Kali Janna Nick Tukar Ubat Bipolar, Masih Tak Sesuai

6-6-2021 09:40 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13697| Komen: 102|Original author: Oleh: Saiful

Janna Nick masih  elum menemui ubat yang sesuai bagi merawat gangguan mentalnya.

Kata Janna, sejak disahkan mengalami penyakit bipolar, sudah empat kali dia bertukar ubat.


Ada yang tak sesuai dengan kerjanya sebagai pelakon.


Foto: IG

"Sekarang saya dalam fasa mencari ubat yang sesuai, setakat ini saya dah empat kali tukar ubat.

"Satu masalahnya sebab kerja saya memerlukan emosi. Sebagai pelakon saya perlukan emosi yang sangat maksimum bila berlakon... kalau kena babak sedih, kena betul-betul sedih.

"Bila ambil ubat, dia akan buatkan kita jadi relak... disebabkan itu saya masih mencari ubat yang sesuai dengan kerja saya," katanya dalam satu sesi FB Live.




Pelakon ini juga berkata dia sedang berjuang untuk diri sendiri bagi melawan penyakit tersebut.

"Saya masih berjuang untuk diri sendiri... saya akui apabila ambil ubat ia sangat membantu.

"Cuma apabila keluar bekerja saya tak boleh makan ubat walaupun saya sebenarnya sangat perlukan ubat... saya boleh rasa perbezaan kalau makan ubat.



"Sampai sekarang saya macam tak percaya yang saya ada bipolar."

Aktres ini mengakui yang dia sangat susah sepanjang PKP ini apabila tidak dapat bekerja seperti biasa.

"Penyakit saya ini ia lebih membantu kalau saya keluar pergi bekerja sebabnya badan dan minda saya dah terbiasa bekerja sejak dari umur 16 tahun lagi.


"Kalau sebelum ini, saya rasa tak seteruk macam tahun ini sebab bila rasa penat kerja, saya boleh pergi bercuti ke luar negara sebagai terapi.

"Sekarang dah dua tahun kita tak boleh travel... Apa yang saya buat sekarang kalau ada suara-suara kecil bermain di kepala, saya akan cuba salurkan benda itu dengan terus buat skrip."

Dalam masa yang sama Janna menasihatkan individu yang mengalami nasib sama sepertinya supaya segera mendapatkan rawatan.



"Penyakit mental ni dia akan semakin teruk kalau kita tak dapatkan rawatan... hanya dengan makan ubat baharu kita dapat rasa perbezaan.

"Persekitaran yang toksik pun akan buat orang rasa tertekan.

"Saya sangat bersimpati dengan orang yang tidak berkemampuan untuk dapatkan khidmat pakar psikatri... macam sesetengah orang yang duit mereka boleh pergi jumpa psikatri dan dapatkan ubat." -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 6-6-2021 09:49 AM
"Kalau sebelum ini, saya rasa tak seteruk macam tahun ini sebab bila rasa penat kerja, saya boleh pergi bercuti ke luar negara sebagai terapi."

Apo? Kemahin ya. Ubat dn terapi doktor xjalan. Vacation ke luar negara je boleh. Jana jana..... Leklok iols simpati kat hang, jd kurang dah.

Btw, untunglah ada suara skitzo tolong buat skrip.
Quote shernazz 6-6-2021 09:49 AM
Ubatnya mcmana ek
Ubat yang selalu tido tu ke?
Quote Nana_Man 6-6-2021 09:49 AM
Semoga ada ubat yg lebih baik untk Janna.
Quote opie5662 6-6-2021 09:51 AM
Tu yg tayang perut tu... Suara x hilang lagi... Hahahahha
Quote Nham22 6-6-2021 09:55 AM
Korek tanah hang masuk dlm tu then kambuss.. Settle problem
Quote bluebutter 6-6-2021 10:08 AM
Eeeeee dia ni. Tak abis abis. Nympah lk tgk dia dlm melodo raya bebaru ni. Mcm tongong je rupa dia.
Quote Rogue98 6-6-2021 10:32 AM
So tak payah lah jadi pelakon. Ataupun cari jer lah watak yg tak perlu emosi. Mengada nye lah tak habis2...duk diam2 jer lah dgn bipolar tu...
Quote missHaidiD 6-6-2021 10:42 AM
Tak abis2 nk mengundang simpati netizen.
Bila menggedik dgn jntan semua takde pulak Bipolar ko dtg. Aritu ckp penat keja. Ni ckp nk keja pulak.
Sejenis lapar perhatian jgk dia ni
Quote mbhcsf 6-6-2021 10:50 AM
of course Janna Nick, apa  benda pun kena ilmu , hidup kena dengan ilmu , materi is important but to deal with benda jiwa mind soul kena ilmu.

lagi satu yes- ubat you ambik for bipolar disorders tu memang sah sah aan affect your mood ,  feelings and emosi you lah sebab ubat tu direka dan diizinkan ALlah lah untuk berupaya masuk ke dalam otak dan affect  your mood and temperamental.

tapi u kena tahu - how and why and kalau boleh pergilah sesi cognitive therapy - i am sure any psychiatrist ada kot mencadamgkan ini.

so kena  faham bebetul. kalau lagi tak compliant lagi susah.

kesabaran tu saya puji untuk dia sebab banya ye cabaran hidup dia, tapi kesianlah bila terpaksa memilul mental load and tanggungjawab yg banyak.

i think Catherine Zeta Jones pun ada satu ketika breaking down. dan she has bipolar.
Quote Mulotkoyak 6-6-2021 10:54 AM
Gigih mak cik enon type nk bgtau kite ni die bipolar. Kohenggat netizen nk simpati kat ko.. Ngundang kecaman adelah sbb ko tu extra hyper kat medsoc..
Quote slyfynx 6-6-2021 10:57 AM
Hahaha, dah boleh agak.
Buat kontroversi supaya nama naik.
Pastu play victim dgn mental illness

Org2 camni menyebabkan org pandang serong kt mental illnesses ni.
Quote likilu 6-6-2021 11:02 AM
Beza ye caption dia banyak in Malay tak sama dengan those written in English.

Handler takde orang local ke
Quote likilu 6-6-2021 11:05 AM
[youtube]O9b_OvMIvvA[/youtube]

Ini, level English dia.
Quote ImpianSeroja 6-6-2021 11:14 AM
Adik jana nie berlakon iolls suka..tp mengacara iolls rasa soooo boring..ntah la
Quote budakpink 6-6-2021 11:16 AM
Poyo minah ni... AcaH2 nk jadi retis korea la tewww ade bipolar la depres la.. Org kalau ade depres ade bipolar tak denye nak posing seksi tunjuk bontot tunjuk perut... Mesti akn bkurung sendiri dlm bilik... Aku mmg meluat ngn minah ni... Sis 1-jana 0..haha
Quote aint 6-6-2021 11:20 AM
ada ka org yg ada masalah bipolar ni, ngaku yg dia bipolar???

abis tu leh lak bg statement "smpi skrg saya mcm x caya yg saya ada bipolar"

bipolar ni penyakit berkaitan mental/emosi kan...
Quote ajinomotonosuga 6-6-2021 11:22 AM
Tak abis abis ulang cite bipolar dia..cite nk suicide etc

What is in ur mind that is YOUR reality

Mls laa layan...klo dia bogel abis abam baru layan!!!

Quote rogayahtop 6-6-2021 11:29 AM
selalunye retis obersi yg ada mental illness ni talented, tp kat malaysia ni yg jadi retis ada mental illness je. yg takutnya bipolar ni makin tua selalunya makin teruk, nasibla muda2 dah diagnosed dapat treatment.








Quote uori 6-6-2021 11:29 AM
aku dah tak tau nak percaya sape dah pasni. sebab benda nih ada yang betul2 hidap dan ada yang guna sebagai alasan untuk apa ntahlah aku taktau. sama dengan ustaz ustazah alim ulama pun aku dah semakin ragu2 sebab ramai penunggang agama. ntahlah labu

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.066215 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top