CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wani Kayrie Syukur Pendapatan Tidak Terjejas, Kini Aktif Jadi ‘Host’

6-6-2021 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2194| Komen: 10

Penyanyi Wani Kayrie bersyukur pendapatannya tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana masih lagi boleh keluar bekerja.

Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 21, yang kini aktif mengacarakan program terbitan Didik TV memberitahu dia sentiasa patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Foto: IG

"Alhamdulillah pendapatan saya tidak terjejas... saya masih lagi hosting untuk Didik TV terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu program Road To Success SPM 2021.

"Selain itu, saya juga ada saluran YouTube sendiri serta ada kempen media sosial yang saya terlibat.

"Sekali-sekala kalau ada mood saya akan ambil tempahan untuk baking kek, itu pun bukan selalulah ikut kelapangan saya," katanya kepada mStar.


Penyanyi lagu Jangan Jangan ini turut berkongsi cerita, di set penggambaran program tersebut hanya pengacara, tetamu, jurukamera dan jurumekap artis sahaja dibenarkan berada di set.


"Di set memang bilangan orang sangat sedikit dan kami memang sangat menjaga SOP.

"Semua pakai double mask dan sarung tangan... kami juga memang akan buat swab test sebelum setiap kali masuk ke set.

"Kita memang kena sentiasa berjaga-jaga dan saya memang akan terus mandi sebaik sampai di rumah," katanya lagi.

Bakal menerima suntikan vaksin dos pertama pada Ahad ini, Wani turut menyarankan semua peminatnya agar sama-sama menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan mengambil vaksin bagi memulihkan keadaan negara daripada penularan pandemik Covid-19.



"Saya akan terima suntikan vaksin Ahad ini dan saya sarankan semua rakyat Malaysia untuk ambil vaksin.

"Ia untuk lindungi diri kita, keluarga dan orang di sekeliling kita... tidak semestinya kita muda, kita sihat.

"Jadi buat mana-mana pihak yang dah dapat peluang untuk diberi suntikan vaksin, jangan sia-siakannya!" ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 6-6-2021 10:26 AM
Time orang lain susah sana sini. Nk canang lak dia xterjejas. Kira hebat ler kan bbnu sendu job masyuk sementara retis lain terkesan.
Quote hyie 6-6-2021 10:26 AM
bagus dia mengacara. Iols sempat jugak tengok sheols mengacara kat tv1 masa puasa hari tu pukul 7pm lebih...takdela tergagap2 ke apa
Quote shernazz 6-6-2021 10:51 AM
Okay lah tu.. ersyukur apa yang ada...
Quote ImpianSeroja 6-6-2021 10:53 AM
Alhamdulillah.. rezeki sentiasa ada.
Quote slyfynx 6-6-2021 10:59 AM
Didk TV bayar retis untuk hosting.
Cikgu2 sile cari duit dan info sendiri ye untuk masuk channel.
Bayaran ialah exposure
Quote miszclassique 6-6-2021 03:49 PM
hyie replied at 6-6-2021 10:26 AM
bagus dia mengacara. Iols sempat jugak tengok sheols mengacara kat tv1 masa puasa hari tu pukul 7pm  ...

Ya dia ni memang jenis banyak cakap, even kalau dia jadi guest pun host tak susah nak buat kerja sbb ada je benda dia ni nk cerita... Cuma sbb dia ni masih fasa bbnu lagi so gedik2 lah sikit perangai (melayan tapi friendzoned)...

Contoh dulu waktu mantino naik, dia ni duduklah mengendeng dgn mantino sampai fans2 dia ship bagai pastu ngan pawi kejap je sebelum dia yg ditendang dulu, terjadila mv Aksara Cinta dia tu, then sejak bigstage sampai skrg dgn si afieq tu...itu pun di friendzoned nya budak tu bila keluar statement kat wartawan, tapi gigihla dating sambut birthday berdua bagi hint2 kat ig... Selagi masih muda, enjoy la dulu khenzzz
Quote Riverdale 6-6-2021 03:52 PM
Dh habis study ke minah ni kat MSU?
Quote dudaberhias 6-6-2021 03:54 PM
oooo ok... itu je ke gosipnya...
syukur la rezeki masih ada...
Quote wirazam 6-6-2021 04:36 PM
hyie replied at 6-6-2021 10:26 AM
bagus dia mengacara. Iols sempat jugak tengok sheols mengacara kat tv1 masa puasa hari tu pukul 7pm  ...

Dia mmg budak pandai dan talented Kan...hopefully direzekikan berjodoh dgn org baik baik juga...muka dia nih mcm penyanyi yg boleh whistle tu..tak ingat nama sbb penyanyi tu X bernasib baik kerana karier dia tak brp meletop
Quote hyie 6-6-2021 09:08 PM
wirazam replied at 6-6-2021 04:36 PM
Dia mmg budak pandai dan talented Kan...hopefully direzekikan berjodoh dgn org baik baik juga...mu ...

nikki palikat kah? meols tengok sheols ada iras ctdk masa zaman aku cinta padamu...dari sesetengah sudut la. Sheols cemerlang akademik juga kah?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.192102 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top