CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tajul Ajak Peminat Like IG Anak Kedua

7-6-2021 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2909| Komen: 16

Description: Selepas genap sebulan dilahirkan, penyanyi Tajul hari ini berkongsi foto pertama anak keduanya yang diberi nama Adrian Rifqy.
Selepas genap sebulan dilahirkan, penyanyi Tajul hari ini berkongsi foto pertama anak keduanya yang diberi nama Adrian Rifqy. 

Dalam perkongsiannya di Instagram (IG), Tajul memuat naik dua keping foto Adrian di samping penerangan ringkas mengenai puteranya itu.



Foto: IG

"Assalamualaikum semua. Kenalkan anak kedua Tajul dan Icaa (isteri), Adrian Rifqy genap sebulan hari ini. 

"Semasa lahir berat tiga kilogram, sekarang dah lebih empat kilogram. Doakan semoga Adrian Rifqy menjadi anak yang soleh. 

"Jadi anak yang baik ya abang, jaga kakak Carissa," tulisnya. 



Di samping itu, Tajul juga mengajak pengikutnya di IG untuk mengikuti akaun Instagram rasmi anaknya, @adrianrifqy_ yang baru sahaja diaktifkan. 

Hantaran itu mendapat lebih 2,700 tanda 'like' dari peminat dan pengikutnya di Instagram. 




Pasangan Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari dan Nurul Shamieza Eddie bernikah pada 10 Disember 2017. Mereka sudah dikurniakan cahaya mata pertama, Adriana Carissa yang kini berusia dua tahun. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 7-6-2021 11:02 AM
Rempitzzzz
Quote slyfynx 7-6-2021 11:23 AM
Nk jual anak le tu.
Kot2 dapat tajaan kan
Quote Tinot7 7-6-2021 11:35 AM
Ada abang, ada kakak.. pasni adik ka??
Quote rain2169 7-6-2021 11:37 AM
bukan popular pun dia ni.....
Quote Boomibulat 7-6-2021 12:04 PM
Done like
Quote imanjannah 7-6-2021 12:09 PM
cantik isterinya.. ramping je, anak2 pun comel, moga membesar menjadi anak yg soleh
Quote supernaturalee 7-6-2021 12:50 PM
Like I care


Quote buapakperut 7-6-2021 03:23 PM
kosser nyah nanti ko up anak sakit la apa la,tetiber nurtizen bg suggeat pastu khau kata menyesal dengar petua nurtizen .. sapa ni artis sis pun tak tahu
Quote Ciktiekus 8-6-2021 06:04 PM
Asal nama ny baby..semua comel
Quote umbut 8-6-2021 09:03 PM
Muka rempit x leh jual.. Jual anak pulak.. Kesiannn
Quote hashashes 8-6-2021 09:05 PM
Dah sepasang anak dia
Quote nesloice 8-6-2021 09:58 PM
alah alah
Quote WeAiNe 8-6-2021 10:50 PM
rengsa lak tengok pegang baby gitu
kata 4 kg berat tu kalaulah tergelongsor ke
aishhh aku fobia bab baby2 ni
leher tergeliat ke terlentuk ke
baby tulang rapuh kena pangku elok2 tengkok kepala tu
tapi itulah anak ko
anak 2 pulak
k bye lah
Quote Orkidcina 8-6-2021 11:20 PM
Whyyyyyy laaaaaaaa
Quote anony-mous 8-6-2021 11:22 PM
Wife dia cantik kan. Mcm muka family maembong
Quote missHaidiD 8-6-2021 11:25 PM
Dia ni aku ingt pernah maki netizen bodoh.tp sb engkau tu sendu takde sapa pedulikan kata2 ko. Kononya cubaan nk viral la kan. Aku syorkan ko belajar cara nk viral dr sohai. Muka ko dgn sohai pun sama kepamsss dan sama sendu.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.247498 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top