CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Ditahan Cuba Musnahkan Bukti Anak Tikam Remaja 114 Kali

7-6-2021 02:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2573| Komen: 8

Description: Ibu kepada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang didakwa membunuh dengan menikam mangsa sebanyak 114 kali, ditahan setelah disyaki cuba memusnahkan bukti kes.
Ibu kepada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang didakwa membunuh dengan menikam mangsa sebanyak 114 kali, ditahan setelah disyaki cuba memusnahkan bukti kes.

Anak lelakinya, Aidan Fucci, didakwa membunuh Tristyn Bailey yang berusia 13 tahun, lapor Daily Star.



Foto kiri menunjukkan Crystal, ibu kepada Aiden (kanan), yang didakwa menikam seorang remaja sebanyak 114 kali. foto St. John's County Sheriff's Office

Crystal Smith, 35, didakwa selepas dikesan menerusi satu video yang menunjukkan dia memasuki bilik anak lelakinya selepas anak lelakinya itu ditahan pada 10 Mei lalu.

Dia didakwa mengambil seluar jeans yang berlumuran darah sebelum 'membasuh'nya di bilik mandi.

Crystal bagaimanapun menyerah diri kepada polis pada Sabtu sehingga membawa kepada penahannya, atas dakwaan menghapuskan bukti.

Mangsa, Tristyn dilaporkan hilang oleh keluarganya pada pagi 9 Mei lalu, sebelum pencarian selama 16 jam terhadap remaja perempuan itu.


Mayat mangsa ditemui oleh seorang jiran di hutan berhampiran kediamannnyaa di Durbin Crossing di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Aidan ditahan selepas pasukan penyiasat menjumpai sebilah pisau lipat di sebuah kolam dekat lokasi penemuan mayat Tristyn, yang disyaki senjata pembunuhan.

Dilaporkan, Tristyn diserang dengan kesan tikaman sebanyak 114 kali, di bahagian tangan.


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • ciklahcuteII


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciklahcuteII 7-6-2021 03:21 PM
menakutkan.. mcm dikuasai oleh sesuatu.. atau dia nmpk mangsa sbgai entiti asing..
Quote Artemesiaa 7-6-2021 03:23 PM
Perangai kebanyakan mak2 anak buat salah tetap usaha nak selamatkan walau dia tahu perbuatannya tu salah
Quote Janjimanismu123 7-6-2021 03:55 PM
Apsal la sampai 114x nak tikam{:childlike
Quote prettyuglybabe 7-6-2021 07:27 PM
mustahil mak bapak kokesen bertamadun ada macam ni
Quote primarikey 7-6-2021 10:04 PM
114 tikaman...tak penat ke menikam
Quote primarikey 7-6-2021 10:04 PM
114 tikaman...tak penat ke menikam
Quote dani-rox 7-6-2021 11:27 PM
[youtube]bTO4zxik7rY[/youtube]
Quote Cece1234 8-6-2021 12:20 AM
primarikey replied at 7-6-2021 10:04 PM
114 tikaman...tak penat ke menikam

Ntahnya..xlenguh ke tgn..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-7-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.287270 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top