CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Kaut Untung, Saya Cari Saham Akhirat" - Nora Ariffin

7-6-2021 04:46 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6257| Komen: 33|Original author: Oleh: LilRose

Description: Selepas reda berita kurang enak mengenai dirinya dikaitkan dengan seorang menteri, Datuk Nora Ariffin berkongsi rezeki sebagai penghargaannya terhadap pengorbanan barisan frontliners.
Selepas reda berita kurang enak mengenai dirinya dikaitkan dengan seorang menteri, Datuk Nora Ariffin berkongsi rezeki sebagai penghargaannya terhadap pengorbanan barisan frontliners.

Projek infak makanan kepada petugas barisan hadapan diusahakan bersama Team Secukup Rasa itu turut mendapat sokongan padu ramai.



Kredit foto: IG

Katanya, idea projek sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkenaan tercetus selepas diajukan pertanyaan daripada kenalannya yang meminya khidmat menyediakan juadah untuk frontliners kita baik yang menguruskan krisis kesihatan mahupun yang menjaga keselamatan negara.

Justeru, Nora bersyukur dia dan pasukannya diberi kepercayaan kepada pasukannya menyediakan juadah untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan.


Kredit foto: Gempak


"Kami sebagai penyedia perkhidmatan akan memenuhi kehendak para dermawan yang mahu sama-sama berkongsi rezeki dengan hero Malaysia yang tidak pernah kenal erti penat, letih atau kepayahan dalam membantu seluruh rakyat keluar dari keperitan pandemik Covid-19," katanya kepada AWANI.

Nora bagaimanapun menegaskan projek itu bukan bersifat mengaut keuntungan, sebaliknya mengambil kesempatan mencari saham akhirat.

"Ini platform terbaik untuk saya dan pasukan mencari saham akhirat. Alhamdulillah atas keprihatinan rakan-rakan ia membuka ruang untuk saya menyalurkan sumbangan dengan cara kami.

"Projek infak ini hakikatnya adalah tanda terima kasih rakan-rakan dan saya sendiri. Saya yakin kita faham bahawa dalam setiap rezeki kita ada rezeki orang lain," katanya.




Nora juga meluahkan rasa ralat tidak dapat turun padang untuk menghantar sendiri juadah kepada barisan petugas.

"Sedih dan ralat kerana tidak dapat berjumpa barisan petugas. Saya sentiasa mendoakan agar segala usaha dan kebaikan mereka sentiasa dirahmati Allah SWT," katanya.

Jika ada yang berminat nak join Nora, boleh hubungi Jaja di 0192157752. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 7-6-2021 05:02 PM
wei...frontliners...tu...nampak susah KERJA sb hadap covid ni...depa tetap dpt imbuhan tiap..bulan....Yg kita tak nampak  ramai orng 'senang' duk rumah jer la ni.....hakikatnya depa susah  TAKDE KERJA.Fkir fikirkan.
Quote Thunderclouds 7-6-2021 05:32 PM
Yak. Rasanya dh penah kot ada frontliner up mintak jgn bg dh mknan kt depa sbb xberabih. Siap pesan bg kt yg btul2 perlukn bantuan mknan.
Quote Rhyno 7-6-2021 05:36 PM
lepas ni boleh derma makanan kepada gelandangan2 dan anak2 yatim plak ye Datuk Nora.
Quote riyadhK 7-6-2021 06:01 PM
Mesti letak gambar sendiri eh?
Quote TabletSusu 7-6-2021 06:17 PM
cari saham akhirat kena gebang 1 malaysia eh?
Quote slyfynx 7-6-2021 06:19 PM
Frontliners bukan x cukup makan, bukan x cukup duit.
Diorang x cukup tgn.
Ape yang ko boleh bantu ialah dok umah.
Jgn sebarkan penyakit.
Makanan pun xde mase nk jamah.
Satgi membazir.
X kaut untung konon
Quote Cece1234 7-6-2021 06:34 PM
riyadhK replied at 7-6-2021 06:01 PM
Mesti letak gambar sendiri eh?

Haha lawak plak tgk muka dia tepek kat situ..
Quote AmandaRollins 7-6-2021 06:38 PM
Skuau replied at 7-6-2021 05:02 PM
wei...frontliners...tu...nampak susah KERJA sb hadap covid ni...depa tetap dpt imbuhan tiap..bulan.. ...

Yup..betul apa uolss ckp ni...100%
Quote AmandaRollins 7-6-2021 06:39 PM
Thunderclouds replied at 7-6-2021 05:32 PM
Yak. Rasanya dh penah kot ada frontliner up mintak jgn bg dh mknan kt depa sbb xberabih. Siap pesan  ...

See..frontliner pun ckp cmtu..yg retis ni plak lebih2...nk upkan diri yg sendu...
Quote AmandaRollins 7-6-2021 06:40 PM
slyfynx replied at 7-6-2021 06:19 PM
Frontliners bukan x cukup makan, bukan x cukup duit.
Diorang x cukup tgn.
Ape yang ko boleh bantu  ...

True 100%....
Quote ketupatnasi 7-6-2021 06:54 PM
Administration 30%.com
Quote Ferr_Remy 7-6-2021 07:06 PM
slyfynx replied at 7-6-2021 06:19 PM
Frontliners bukan x cukup makan, bukan x cukup duit.
Diorang x cukup tgn.
Ape yang ko boleh bantu  ...


Tau xpe. Diorg nk tipu sape sebenarnye ni hahahaha. Kalau baik sgt, akhirat bagai, ko bagi kt netizen2 yg x cukup makan. Koserrrr.
Quote spitsid 7-6-2021 07:08 PM
Baiklaa bagi pada gelendangan/ibu bapa tunggal/ orang yang betul2 memerlukan. Frontliners kan bergaji tetap tiap bulan gaji masuk takde potong? Iols tengok ramai betul yg buat food pack untuk frontliners. Bukan tak suka tp rasanya better lah beri pada yg betul betul terkesan.
Quote sugarlovebutter 7-6-2021 07:32 PM
Urmmm...ikot suke hati die la nak infak ape pn kt frontlines tuh, duit die yg keluar...yg penting iols xbeli la produk die sbb tgk mahal jgk, yela artis yg jual mmg mahal pye...
Quote gekkou 7-6-2021 07:40 PM
aku rasa frontliners ni banyak dah sumbangan makanan
tak lalu makan dah depa pun

baiklah bantu yang terjejas
gelandangan ke apa
bukan dengki dengan frontliners

Quote Daftpunk_shine 7-6-2021 08:36 PM
Kalau nak bg gak..bagi yg best2 la...asam pedas telur mayong..gulai udang galah..ikan pari bakar cicah air asam..
Quote ALDRIN 7-6-2021 08:39 PM
Citer dia kawen sapa dah tau ke? Ke propa??
Quote LadyCarefree 7-6-2021 08:42 PM
Infak makanan? Infak?
Quote gorjeous 7-6-2021 08:57 PM
Emm payah nak cakap...

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045923 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top