CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak kemas kini MySejahtera bukan kesalahan - Ismail Sabri

7-6-2021 09:01 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5379| Komen: 51



PUTRAJAYA: Tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera bukan menjadi kesalahan seperti yang disalah anggap sesetengah pihak, tegas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit – COVID Malaysia, tidak menyatakan ia sebagai satu kesalahan yang boleh dikompaun oleh penguat kuasa.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, beliau berharap dan menyarankan pihak berkuasa untuk membatalkan mana-mana kompaun yang telah dikeluarkan atas 'kesalahan' terbabit.

“Sejak beberapa hari ini timbul kekeliruan berhubung beberapa perkara termasuklah salah faham penggunaan aplikasi MySejahtera dengan terdapatnya anggota penguat kuasa yang mengeluarkan kompaun kepada mereka yang gagal melakukan kemas kini MySejahtera.


“Saya ingin maklumkan bahawa tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera tidak menjadi kesalahan. Ini adalah berdasarkan kepada Akta 342 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit – COVID Malaysia yang mana ia tidak terkandung sebagai satu kesalahan untuk dikenakan kompaun oleh mana-mana penguat kuasa.

"Saya berharap dan menyarankan agar mana-mana kompaun yang telah dikeluarkan atas kesalahan terbabit perlulah dibatalkan. Pegawai penguat kuasa juga disarankan supaya tidak salah dalam membuat sebarang tafsiran berhubung SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Sabtu, media melaporkan 29 pekerja syarikat minyak dan gas di Sitiawan, Perak telah dikompaun RM2,000 setiap seorang, manakala dua pekerja kilang proses ayam (RM1,500) atas dakwaan tidak mengemas kini status kesihatan di aplikasi MySejahtera ketika masuk ke tempat kerja.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid bagaimanapun memberitahu, kompaun yang dikenakan terhadap pekerja terbabit akan dibatalkan.

Jelas beliau, hasil semakan yang dilakukan Polis Daerah Manjung kepada Unit Inspektorat Dan Perundangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati, telah berlaku kekeliruan terhadap kesalahan tersebut.

Dalam pada itu, Ismail Sabri meminta penguat kuasa tidak membuat tafsiran yang salah berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Hal ini juga termasuklah dengan kesalahan yang melanggar SOP melibatkan syarikat atau kilang yang beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

“Jika ia berlaku, maka tindakan penguatkuasaan perlulah dibuat kepada majikan atau syarikat yang memaksa pekerja melakukan tugas lebih dari masa yang ditetapkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau memohon rakyat Malaysia untuk sama-sama berintegriti dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap aplikasi MySejahtera.



Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 7-6-2021 09:03 PM
Ye lah Mail. Baik biar je rakyat buat apa je diorang suka. Pkp konon total lockdown tapi nak kata pkp pun longgar je. Total lockdown abahko.
Quote dizekni 7-6-2021 09:04 PM
Bagus pak mail  

macam ni la orang lama

senangkan keadaan

bukan rigid tak tentu hals
Quote stingerbaik 7-6-2021 09:05 PM
LadyCarefree replied at 7-6-2021 09:03 PM
Ye lah Mail. Baik biar je rakyat buat apa je diorang suka. Pkp konon total lockdown tapi nak kata pk ...

Lockdown bersasar...kau paham tak?
Quote adda001 7-6-2021 09:06 PM
carwash pun blh beroperasi, essential sgt kh sampai kena buka jg
Quote cmf_premierleag 7-6-2021 09:10 PM
masalahnya pak guard nepal yang tak reti bahasa yg jd security guard kt shopping mall,tesco tu sume
depa paham bahasa kaa apa yg hang explain ni???
supervisor security guard pun bangang2 belaka
tu blom lg polis keluarkan kompaun utk org2 yg x update apps bodoh tu
mmg gagal total la korang ni sume
Quote Orix 7-6-2021 09:11 PM
Aritu bukan kecoh ke psal polis saman x update mysejahtera ?
Quote supermum 7-6-2021 09:11 PM
adda001 replied at 7-6-2021 09:06 PM
carwash pun blh beroperasi, essential sgt kh sampai kena buka jg

Tempat aku tak bukak pun. Aku syak yang bukak ni secara illegal. Cer ko call balai terdekat, suruh ziarah
Quote LadyCarefree 7-6-2021 09:12 PM
stingerbaik replied at 7-6-2021 08:05 PM
Lockdown bersasar...kau paham tak?

LOL. Total lockdown katanya sokkabar semua netizen pon.
Quote stingerbaik 7-6-2021 09:15 PM
LadyCarefree replied at 7-6-2021 09:12 PM
LOL. Total lockdown katanya sokkabar semua netizen pon.

Kata sokabar kata netizen...yg memerintah saper? chief khadam saper?khen abahcow?
Quote jahcomel 7-6-2021 09:17 PM
Orix replied at 7-6-2021 09:11 PM
Aritu bukan kecoh ke psal polis saman x update mysejahtera ?

Penguatkuasa nih kalu masuk kedai org nk ngecek, diaorg xyah scan ke mysejahtera? Masuk2 je ngecek org je, kalu nk ikutkn diaorg pn kena scan jgk masing2 kn...
Quote Orix 7-6-2021 09:21 PM
jahcomel replied at 7-6-2021 09:17 PM
Penguatkuasa nih kalu masuk kedai org nk ngecek, diaorg xyah scan ke mysejahtera? Masuk2 je ngecek ...

Yerr diorg pun kena scan jugak
Quote Skuau 7-6-2021 09:23 PM
Aku cuma nak tahu....Canna polis boleh KELIRU???  
Quote Skuau 7-6-2021 09:26 PM
adda001 replied at 7-6-2021 09:06 PM
carwash pun blh beroperasi, essential sgt kh sampai kena buka jg

tableh buka la...rasanya depa buka..bukan sb dibenarkan....depa 'langgar' jer sop tu...
Quote stingerbaik 7-6-2021 09:28 PM
Skuau replied at 7-6-2021 09:23 PM
Aku cuma nak tahu....Canna polis boleh KELIRU???

they never update their mysejahtera too for any change of orders...thats why

kahkahkahkahkahkah
Quote bulan_gerhana 7-6-2021 09:49 PM
stingerbaik replied at 7-6-2021 09:28 PM
they never update their mysejahtera too for any change of orders...thats why

kahkahkahkahkahkah

Alah... Pasal update assessment Utk vaksin pun xde notification.. inikan lagi pasal update data myxbapesejahtera ni..mmg x la nak up notification... hadoi... Mana programmer apss ni.. x kan xde checking utk upgrade software kot... Bape million software ni. .. hadoiii pak pulis pun confuse sbb main bagi je statement.. enforcement kelaut..
Quote Friska 7-6-2021 09:52 PM
Tadi sore mahu belanja di EON, ada pak polisi dan pak satpam ngecek telpon minta update profile. Ya saya akur saja.
Quote Suchi 7-6-2021 09:59 PM
Ohh lega sbb iols punya takleh update la. Tekan refresh tu tak jd menda pun.
Tp history ok je ade list mana2 iols g sblm ni.
Quote Tinot7 7-6-2021 10:21 PM
Suchi replied at 7-6-2021 09:59 PM
Ohh lega sbb iols punya takleh update la. Tekan refresh tu tak jd menda pun.
Tp history ok je ade l ...

Kaka silap la..
Pi kat mainframe, ke MORE, pilih my COVID 19 risk status..
Deme soh update situ.. tapi tak perlu pon kalau takde simptom, tak pi jjcm oberc, mass gathering atopon terdedah kpd pesakit kobid.
Quote uda 7-6-2021 10:36 PM
Tinot7 replied at 7-6-2021 10:21 PM
Kaka silap la..
Pi kat mainframe, ke MORE, pilih my COVID 19 risk status..
Deme soh update situ. ...

Betul.
KKM kata update status tu kalau balik drp overseas, terdedah kpd org positif, ada gejala dll

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.170447 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top