CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cari Anjing Hilang, Dapat Hadiah Rumah

8-6-2021 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1643| Komen: 2

Beijing: Demi terlalu kasihkan anjing yang dipelihara sejak sekian lama, sebuah keluarga di China sanggup menawarkan rumah kepada mereka yang menemui haiwan yang hilang itu.

Pemilik haiwan yang diberi nama Corgi itu, Xu memuat naik iklan ganjaran itu hingga tular dan meraih perhatian ramai pihak yang berminat menerima tawaran itu.

Dalam catatan sama, Xu memaklumkan Corgi hilang pada Jumaat lalu di Fengtai, Beijing.


Kredit foto: Global Times


Menurutnya, orang ramai yang berjaya menemui Corgi bakal menerima sebuah rumah yang didaftarkan sebagai hadiah.

Katanya, ganjaran itu sebagai tanda penghargaan keluarganya yang terlalu menyayangi Corgi.


"Saya ingin memberikan sebuah rumah di Xishanjia, Fengtai sebagai balasan kepada siapa pun yang mengembalikan anjing itu. Inilah janji kami," katanya seperti dipetik portal Global Times.

Sementara itu, kakitangan pejabat hartanah kediaman mengesahkan kes anjing hilang itu benar berlaku namun ganjaran rumah itu tidak begitu jelas.

Katanya, status rumah yang bakal diberikan sebagai ganjaran itu bukan harta komersial umum serta memiliki sekatan tertentu.

"Rumah itu tidak boleh diberikan kepada orang lain dengan suka-suka sebagai hartanah dan tidak dapat dipindah milik dengan mudah," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 8-6-2021 11:08 AM
altenatif- jumpa je minta cash setaraf erga rmah
Quote TOPwind 8-6-2021 11:14 AM
jika jumpa Miss Sarjat dapat apa?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035397 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top