CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Foto Google Earth Tular, Siapa Sekumpulan Lelaki Berpakaian Putih Di Tengah Gurun?

8-6-2021 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2816| Komen: 2

Description: Seorang pengguna Google Earth membongkar imej misteri yang dirakam di sebuah gurun.
Seorang pengguna Google Earth membongkar imej misteri yang dirakam di sebuah gurun.

Menurut individu dikenali sebagai Jason Cline yang membuat pendedahan itu menerusi aplikasi TikTok, dia berasa aneh ketika mebuat carian peta Amerika Syarikat (AS) menerusi Google Earth.


Ketika membuat carian di sekitar kawasan Nevada, dia melihat imej kumpulan lelaki berpakaian putih yang berada di tengah-tengah gurun.


Malah dakwanya, kawasan itu juga seperti bandar hantu dan tidak berpenghuni.

Jadi, kehadiran kumpulan lelaki itu ternyata menjadi misteri.

Selepas membuat carian lebih mendalam, dia dapat melihat seolah-olah kumpulan berkenaan berdiri di dalam bulatan, seperti sedang melakukan ritual.


Menurut seorang pelayar internet, ia berkemungkinan sekadar arca atau patung yang disusun dalam bulatan dan ditinggalkan di lokasi itu. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 8-6-2021 09:18 AM
Mcm patung jahh..
Quote CiliPadiSedap 8-6-2021 09:56 AM
Tengku jalal tgh buat tiktok challenge

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.039619 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top