CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akaun Twitter Disekat Kerana Terlalu Cantik

8-6-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2297| Komen: 9

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang model dari Florida, Amerika Syarikat mendakwa akaun Twitter miliknya disekat kerana aduan pengguna lain yang cemburu dengan kecantikannya, lapor portal Knewz kelmarin.


Susulan sekatan itu, model tersebut, Whitney Paige Venable kehilangan lebih 100,000 pengikut di Twitter dan berasakan bahawa dia didiskriminasi netizen kerana menjadi seorang wanita cantik.

“Saya dikenakan sekatan hanya kerana menggunakan Twitter untuk menulis komen-komen mengenai rancangan televisyen atau berkongsi gambar dari akaun Instagram,” ujarnya.


Kredit foto: Twitter


Tambah Venable, sekatan itu berkemungkinan disebabkan oleh satu daripada gambar seksinya yang memaparkan dia memakai pakaian dalam serta dijadikan gambar utama profil.


“Saya ada menukar gambar utama profil yang memaparkan saya memakai pakaian dalam serta menunjukkan bentuk badan.

“Secara tiba-tiba, akaun saya disekat. Ini adalah satu diskriminasi kerana terdapat banyak lagi gambar tidak senonoh yang dimuat naik pengguna lain di Twitter,” katanya.

Disebabkan itu, Venable yakin bahawa sekatan yang dikenakan ke atas akaunnya itu adalah semata-mata kerana kecantikan wajahnya.

“Saya yakin bahawa Twitter memadam akaun saya kerana saya seorang yang menawan dan ini telah menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan pengguna lain yang tidak secantik saya.

“Mereka mungkin memberi alasan bahawa saya menggalakkan aktiviti seksual. Ini tidak adil.

“Bukan masalah saya kalau orang lain tidak secantik saya,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 8-6-2021 09:14 AM
Tu ke rupa dia? {:dot
Quote Kurex 8-6-2021 09:20 AM
Mcm muka ponen jahhh
Quote cyber_mania 8-6-2021 09:20 AM
Oh oh oh. THE confidence, Whitney Paige Venable.
Quote slyfynx 8-6-2021 09:25 AM
Sayangku @CARI-MRO

Thread dah ade.
Dah dua hari dah pun.
Tolong merge.

ANd tolong la wartwan cari.
Ade butang search kot.
Gune la butang tu untuk cari thread dah ade ke x.

thread EJALTI
Quote RinIna 8-6-2021 12:18 PM
Cantik?? Buta ke hape??
Quote pxlbb 8-6-2021 12:38 PM
Katanyehhh

Tambah Venable, sekatan itu berkemungkinan disebabkan oleh satu daripada gambar seksinya yang memaparkan dia memakai pakaian dalam serta dijadikan gambar utama profil.


Kalau begini definisi cantik, kalau ummah kokesen tempat sheols tengok iols mahu pengsan on the spot drop dead gojes agitchew
Quote mesmerize 8-6-2021 12:54 PM
acc ko ditutup bukan sebab ko cantek (sebab tak cantek pun).. tapi sebab content obscene.. atau ada nudity.. bimbonya
Quote AnaisAnais 8-6-2021 01:49 PM
yakin nyer kamu...
Quote Decaffeinated 8-6-2021 02:03 PM
slyfynx replied at 8-6-2021 09:25 AM
Sayangku @CARI-MRO

Thread dah ade.

Aku rasa @admin6 kena buat rule wartawan kena juga baca forum bukan setakat masuk buka thread dan kutip bayaran or at least allow mod to merge thread wartawan.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.078986 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top