CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Avaa Vanja Kembali Berlakon, Tak Kisah Dibenci

8-6-2021 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15865| Komen: 87

Description: Setelah beberapa tahun hanya menumpukan kerja di belakang tabir, pelakon yang dikenali dengan watak antagonis, Avaa Vanja bersedia untuk sepenuhnya kembali mewarnai industri seni tanah air.
Setelah beberapa tahun hanya menumpukan kerja di belakang tabir, pelakon yang dikenali dengan watak antagonis, Avaa Vanja bersedia untuk sepenuhnya kembali mewarnai industri seni tanah air.


Pelakon berusia 41 tahun itu berkata, kepercayaan diberikan pengarah, Mamat Khalid untuk beraksi filem francais Kampong Pisang membuatkannya tekad untuk aktifi semula berlakon, sekali pun dicop sebagai pelakon jahat.


Foto: IG

“Jauh di sudut hati, watak hitam yang cukup sinonim dengan saya suatu waktu dulu punya kepuasan untuk digali walau pernah berdepan kecaman serta kontroversi.

“Bukan sikit cemuhan pernah saya lalui namun saya anggap semuanya sebagai cabaran dalam merealisasikan tanggungjawab selaku pemegang peranan.


“Kalau tak berani atau sangsi pada bakat sendiri, mengapa kita perlu patah semangat?Jika dicemuh saya terima sebab bermakna penghayatan saya menjadi.

“Semua itu hanya di layar, bukan diri kita sebenar. Jadi saya tak takut untuk merebut apa juga peluang yang datang, lebih-lebih lagi watak antagonis,” katanya kepada Kosmo! Online.



Sepanjang pembabitan dalam arena seni, aktres yang pernah diberi amanah mendendangkan lagu latar filem Estet itu kerap muncul di layar perak. Antaranya Sembilu, Kala Malam Bulan Mengambang, Dukun serta Hantu Kak Limah: Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Hantu Kak Limah Balik Rumah yang juga arahan Mamat Khalid sekitar 2011 pula menjadi kemunculan terakhirnya dalam dunia perfileman.

Sekitar 2008 pula, kisah Avaa membawakan watak mubaligh Kristian dalam pementasan muzikal Ibu Zain di Istana Budaya pernah menjadi isu hangat.

Sementara itu, berkongsi lagi kisah, katanya Mamat menjadi individu yang ‘menariknya’ berlakon semula menerusi filem francais Kampung Pisang dengan terbaharu Kampung Pisang Musical Raya.



“Siapa tak rindu suasana di set dan pengalaman membuat persediaan mendalami watak? Apatah lagi saya mula berlakon sejak usia 16 tahun.

“Apa pun terima kasih kepada Abang Mamat sebab masih mempercayai kemampuan saya. Jika diberi amanah, saya sedia menggalas watak berat atau bermain dengan emosi.

“Jangan salah sangka, bukan bermakna saya antara anak emas Abang Mamat, cuma mungkin dia nampak saya masih mampu ‘memberi’ kepada industri.





“Barangkali produser lain sangka saya sudah tak berminat sebab ligat dengan kerja belakang tabir. Tapi syukur tawaran sudah bertambah.

“Jangan ingat saya tak mahu lagi dibenci. Serahkan saja watak hitam itu, saya sedia sahut cabaran. Begitu juga karakter berat,” katanya yang aktif mengendalikan bengkel lakonan.

Terbaharu, ibu kepada seorang cahaya maya itu dilamar membintangi drama bersiri Diva Popular yang sedang ditayangkan menerusi Awesome TV, manakala naskhah Selamat Jalan Cinta pula menunggu giliran untuk ditayangkan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 8-6-2021 09:07 AM
Bulat naw muka dia skrg..
Quote imransulaiman 8-6-2021 09:11 AM
Asyik lah amik gambar mendongak.. Cover gemuk ke? {:thief
Quote rukia2 8-6-2021 09:12 AM
wow aset
Quote SayaSayangMama 8-6-2021 09:14 AM
Euuu sapa ni. Bukan org yg sama ni lain betul
Quote Suchi 8-6-2021 09:18 AM
Kak Nab mak si Cun dalam kg pisang.Kat ig nampak urban je hahaha.
Quote pearl.silver 8-6-2021 09:25 AM
Bole tak sapa2 paste gambo dia masa kurus?
Quote Nenasketum 8-6-2021 09:31 AM
Masa single dia ni terror oooo, ada kes gaduh kat kelab sebab berebut anak VVIP.
3 tahun lepas dia mai block aku hantar air kunyit dia jual pada mistress duk sini. Tekejut aku tengokkan. Dedulu dia ni versi Yebbi Yabadi tapi bertingkat2 lebih hot!! Sekarang, sama macam Yebbi.
Quote Acikgomen 8-6-2021 09:37 AM
Teringat dulu heshe kecoh2 kena belasah dgn sleman rahman sbb cemburu, lepas tu si leman tempe dan2 tu tak ngaku minah ni pompuan simpanan dia
Tambah meroyan la minah ni dibuatnye
Quote umbut 8-6-2021 09:40 AM
Dah cerai ke... Dah mcm adibah nor. Tgk dia usaha nak kurus.. Tak lama lagi cantikler balik.. Kulit cantik.. Dia ni glamour sebab nama unik ke.. Ke ada mix
Quote ctcheery 8-6-2021 09:49 AM
Dia ni yg pegang watak hantu Ayu pakai baju merah, yg last scene terbang tu. Cerita husin, Mon Dan jin pakai toncit. Masa ni dia Kurus lagi.
Quote ren14 8-6-2021 09:50 AM
nak belakon jadi apa sis?
Quote opie5662 8-6-2021 09:55 AM
Tek juling pon nk tayang
Quote ctcheery 8-6-2021 09:57 AM
ctcheery replied at 8-6-2021 09:49 AM
Dia ni yg pegang watak hantu Ayu pakai baju merah, yg last scene terbang tu. Cerita husin, Mon Dan j ...

Eh bkn..tajuk hantu kaklimah balik rumah lah, yg si ning dah mati Tu. Aku pun dah confius banyak sangat citer kg Pisang mamat Khalid ni
Quote fadz84 8-6-2021 09:58 AM
Dulu dia pun pernah join Elite kalau x silap. Sama2 batch Hana & Fiza.
Quote Belibis 8-6-2021 10:07 AM
rukia2 replied at 8-6-2021 09:12 AM
wow aset

Boleh pergi jauh nihh..ha ha
Quote wirazam 8-6-2021 10:13 AM
Netizen tak tarbiah minah ni ke..yg si Janna Tu, nampak perut sikit je..tapi bukan main netizen komen nasihat etc etc...ke netizen pilih buku nak tegur yg cun dan popular je...yg who areyus nih..buat donno je muhahaha
Quote Cece1234 8-6-2021 10:16 AM
Debabnya..ni yg berlakon dlm dukun jadi bini faizal hussein kan..
Quote September14 8-6-2021 10:25 AM
Avaa vanjahhhh dh mcm debab nur dah
Quote cicicumel 8-6-2021 10:32 AM
Dah mcm muka Velvet AF + Adibah Nur

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.048436 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top