CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Jadi Kontak Rapat, Hafreez Adam Tetap Kuarantin Walaupun Keputusan Negatif

8-6-2021 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2218| Komen: 2

Description: Pelakon Hafreez Adam mendedahkan dia dan keluarganya pernah menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pelakon Hafreez Adam mendedahkan dia dan keluarganya pernah menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan, dia bersama tiga orang adik terpaksa menjalani kuarantin secara berasingan dengan ibu mereka yang ketika itu berada di rumah kakak sulungnya.


Hafreez bagaimanapun bersyukur apabila keputusan ujian saringan kesemua mereka negatif.


Foto: IG

"10 hari sebelum nak raya, saya satu keluarga jalani kuarantin selepas mengetahui ibu adalah kontak rapat pesakit Covid-19. Saya memang tinggal bersama tiga orang adik dan ibu.

"Cuma waktu itu, kebetulan ibu pergi rumah kakak dan dia terus kuarantin di sana. Saya pula sebaik saja selesai penggambaran, terus balik rumah dan kuarantin bersama tiga adik saya.




"Pada awalnya keputusan swab test RTK adik saya seorang positif dan secara automatik, saya jadi kontak rapat dia. Tapi selepas kami semua buat saringan PCR, Alhamdulillah keputusan kami semua negatif," katanya kepada mStar.

Pelakon drama siri Derita Untuk Bahagia itu berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi Instagram live (IG Live) bersama mStar pada Selasa.



Dalam pada itu, Hafreez memberitahu biarpun menerima keputusan negatif, mereka tetap meneruskan kuarantin kerana tidak mahu bersikap pentingkan diri.

"Bila dapat tahu menjadi kontak rapat, paling saya risau keadaan ibu yang sudah berusia. Tapi Alhamdulillah... semua keputusan negatif. Walaupun negatif, kami semua tetap teruskan kuarantin.

"Tak nak la ada sikap 'selfish'... kena lebih berjaga-jaga. Sebab kita tak tahu, kalau tiba-tiba simptom lambat keluar ke. Mungkin antibodi saya kuat dan takut tak ada simptom apa-apa," ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama siri Gantung ini turut berkongsi pengalaman mengambil suntikan dos pertama vaksin AstraZeneca pada 19 Mei lalu di World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.


"Saya sudah terima suntikan dos pertama vaksin pada dua minggu lalu di PWTC dan Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang simptom seperti demam atau sakit kepala.

"Cuma bahagian lengan sedikit bengkak tapi tidak la terlalu sakit atau sukar untuk bergerak. Sebelum ini, ada juga netizen pertikaikan kenapa saya boleh dapat cepat vaksin.

"Sedangkan saya sama seperti orang lain yang mendaftar dan temu janji suntikan itu diperolehi menerusi aplikasi MySejahtera," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-6-2021 10:32 AM
Cuma melihat mukanya dah tau dia gayah
Quote whimsicalmusic 9-6-2021 12:46 AM
Byk btol news psl die ni lately..semak!!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-7-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.038498 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top