CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

YouTuber Tak Ambil Hati Dikata Macam Monyet Berbaju Kurung Panjat Pokok

8-6-2021 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3704| Komen: 23

Description: Lain orang lain ragamnya. Begitu juga kisah mengenai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini yang sanggup memanjat pokok sambil memakai baju kurung.
Lain orang lain ragamnya. Begitu juga kisah mengenai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini yang sanggup memanjat pokok sambil memakai baju kurung.

Siapa sangka, individu di sebalik foto 'gila-gila' itu merupakan YouTuber baharu yang berasal dari Kijal, Kemaman, Terengganu.




Menurut Hazwani Helmi Zukri, 18, foto berkenaan dirakam sekitar hari lebaran lalu untuk tujuan suka-suka sahaja.

"Dulu saya suka panjat bukit, tapi semuanya terhenti sejak pandemik Covid-19, ditambah pula dengan sekatan pergerakan penuh.

"Di kawasan rumah saya ada banyak pokok. Jadi saya dapat idea untuk ambil gambar atas pokok.

"Idea tercetus ketika raya. Biasanya orang ambil gambar di sebalik pokok, saya nak ambil gambar di atas pokok.

"Tapi saya tetap pakai seluar panjang dalam kain baju kurung, risau terjadi apa-apa nanti.

"Ada juga yang komen, mereka kata macam monyet, tapi saya tak ambil hati," ujarnya yang mesra disapa Wani.




Bercerita mengenai dirinya, Wani baru sahaja memulakan saluran YouTube pada Disember tahun lalu atas dorongan rakan-rakan.

Jelasnya, dia menghasilkan pelbagai kandungan mengikut trend semasa dan berharap dapat menjadi YouTuber berjaya suatu masa nanti.

"Saya ikut juga permintaan orang, buat video challenge yang menarik dan sesuai dengan kemampuan saya.

"Saya masih lagi mencari tapak secara perlahan-lahan. Saya bukan jenis cepat putus asa. Sekarang saya hanya ada 300 lebih subscribers.

"Kalau dalam masa setahun boleh capai 1,000 subscribers, syukur Alhamdulillah. Yang penting jangan mengalah," ujarnya.

Menurut Wani lagi, dia menolak jauh perasaan malu untuk bergelar YouTuber.

Malah katanya, dia yang sudah terbiasa menyertai pertandingan di sekolah menganggap saluran YouTube itu sebagai 'pentas' untuk dia mengembangkan bakat dan minat yang dimiliki.

"Masa sekolah rendah dulu, saya jual kek yang mak buat. Saya juga ada kemahiran mengait. Jadi boleh tampung duit sedikit sebanyak.

"Selain itu, saya juga tolong mak menjahit. Di sekolah, saya juga aktif sertai pertandingan pidato dan sajak.

"Kawan-kawan tahu saya sangat aktif, sebab tu mereka cadangkan saya buka saluran YouTube. Masa buat video, saya bayangkan ibarat bercakap dengan cermin saja.

"Dengan itu saya dapat keyakinan. Kalau orang tegur atau bagi komen, saya terima seadanya," ujarnya lagi.



Dedah Wani, dia pernah bercita-cita mahu menjadi tentera, namun kini mengubah impian dan menyimpan hasrat bergelar usahawan berjaya suatu hari nanti.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-6-2021 11:02 AM
Attention seeker seawal remaja. Dah tua nanti baru nak fikir malu... Tapi yelah.. iols pun dulu panjat pokok jugak tapi tu lah kan, iols tak de camera / bukan zaman viral & socmed. Tapi masa dekat atas pokok tu, orang ingatkan iols adalah pari-pari pokok yg comel
Quote redz85 8-6-2021 11:05 AM
Lain orang lain ragamnya. Begitu juga kisah mengenai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini yang sanggup memanjat pokok sambil memakai baju kurung.

makna nya sedang dia panjat pokok, dalam masa sama dia memakai baju kan?
Quote wirazam 8-6-2021 11:08 AM
Takde identiti nih...respect lagi gadis Sabah yg panjat pokok utk dpt internet stabil utk belajar Tu..sampai viral satu Malaysia..adun/mp kwsn dia pulak terpaksa bersilat nak defend diri sendiri depan press...haha..
Quote wirazam 8-6-2021 11:09 AM
redz85 replied at 8-6-2021 11:05 AM
Lain orang lain ragamnya. Begitu juga kisah mengenai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini yang ...

Wartawan dan editor nih BM pass ke tak nih...
Quote jiwasemangat 8-6-2021 11:10 AM
Ok laa tuu.. dari merempit
Quote missbigrockstar 8-6-2021 11:16 AM
Manis wajah adik ni. Banyak lagi tempat lain boleh posing. Akal masih pendek. Nak jalan pintas jadi famous buat posting mengundang kontroversi. Nanti dah tua tgk balik gambar terasa malu.
Quote AbukRokok 8-6-2021 11:26 AM
natang bghuk mung
Quote helicornia 8-6-2021 11:30 AM
dik, nak suka2 ke nak glamer ke, kena pikir keselamatan.bayangkan kain tu tersangkut kat dahan pastu ko tak bole gerak, ataupun kain tu koyak abis sampai ko tersembam ke bawah? pikir tak semua tu?
Quote c===8 8-6-2021 11:40 AM
dah ada producer offer berlakun ke?
dah ada offer review produk belum?
Quote Skuau 8-6-2021 11:42 AM
pasni panjat umah..amik gambor atas bumbung..dgn hanya memakai..............(atas pemintaan ramai).
Quote Babai 8-6-2021 11:42 AM
Nak publicity je ni.
Quote violetungu 8-6-2021 12:05 PM
Dulu2 kecik2 bebas panjat pokok dgn kawan2 camni..sekarang rasanya xboleh dah..gayat
Quote makneng 8-6-2021 12:14 PM
Bbnu n mbnu tak beringat ek nak ngontent n ngepos kat any platform socmed? Esok2 dah tua.. Anak2 n cucu2 n cicit2 dok tgk kelaku uolls serupa apa.. Malu weh
Quote ninja boy 8-6-2021 12:27 PM
Lantaklah selagi muda kuat panjat lah pokok, pi travel, hiking,  bersukan, basikal. Dah tua kaki sakit x boleh buat itu semua,  hargai waktu muda,  nenek cakap
Quote pearl.silver 8-6-2021 12:33 PM
Bbnu..

Dari cita2 murni nk jadi tentera
Now nk jadi usahawan
Ye laa.. Jd founder mekap timbang kilo lagi cepat jadi jutawan ye dok
Xyh score spm pun boley..
Quote ifanonline 8-6-2021 12:34 PM
sebenarnya she is smart...netizen2 di malaysia majoriti conservative...youtube market international...
Quote JohnyEnglish 8-6-2021 12:36 PM
Malaysia semakin meng indonesia
Quote tikusmontok 8-6-2021 01:59 PM
Lepas ni panjat tiang letrik pulak..sure tbh ramai yg nonton
Quote Janjimanismu123 8-6-2021 02:26 PM
Ikut mung la..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.052970 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top