CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Pasal-pasal Abang Bomba Kena Potong Tali Buai Angkara Cabaran TikTok

8-6-2021 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2547| Komen: 8

Description: Jabatan Bomba Britain mengecam trend TikTok yang mendorong remaja mencuba permainan buaian bayi di taman-taman permainan sehingga menyebabkan mereka terperangkap dalam buaian tersebut, lapor akhbar Th ...
Jabatan Bomba Britain mengecam trend TikTok yang mendorong remaja mencuba permainan buaian bayi di taman-taman permainan sehingga menyebabkan mereka terperangkap dalam buaian tersebut, lapor akhbar The Sun hari ini.


Susulan trend tersebut, pihak bomba banyak menerima panggilan kecemasan melaporkan insiden remaja tersekat dalam buaian di taman permainan sehingga memaksa buaian itu dipotong.


Pada tahun lepas, terdapat sekurang-kurangnya 777 panggilan diterima oleh jabatan bomba di Britain yang melibatkan aduan berkaitan insiden tersepit pada sesuatu. – SWNS/The Sun

Data platform Kebebasan Maklumat di Britain mendapati bahawa pada tahun lepas, terdapat sekurang-kurangnya 777 panggilan diterima melibatkan aduan berkaitan insiden tersepit pada sesuatu.

Menurut sumber, trend TikTok tersebut menyumbang sebahagian besar kepada panggilan kecemasan itu. 


“Kami ada banyak lagi perkara lebih penting yang perlu dilakukan selain daripada memotong buaian untuk mengeluarkan remaja tersekat yang pada mereka adalah satu jenaka.

“Ketika kami mengeluarkan mereka (daripada terperangkap), kebakaran sebuah rumah mungkin boleh membunuh orang lain.

“Situasi ini amat menjengkelkan. Video-video di TikTok perlu dipersalahkan di atas semua kegilaan ini,” kata seorang anggota bomba.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Scotland adalah yang paling banyak menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden seumpama itu, iaitu mencecah 98 panggilan berbanding 48 panggilan pada tahun lepas.

Ini diikuti Jabatan Bomba London yang mencatatkan sebanyak 52 panggilan kecemasan seumpamanya, meningkat daripada 32 panggilan pada tahun lepas.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 8-6-2021 01:23 PM
patut biarkan aja,

suh dia tiktok balik minta bantuan dari user tiktok
Quote sukacactus 8-6-2021 01:38 PM
Xpayah tolong la
Bebal sgt biar dia mereput kat situ
Quote ekselen 8-6-2021 02:03 PM
Apa la kebodohnya sgt..ni bkn menyusahkan diri sendiri je tp menyusahkan org lain jgk yg lg byk keja lain yg lebih penting nk buat... Mak pak nowadays kena ngajor anak2 jgn jadik bebai angkara tik tok ngan challenge2 bodoh nih
Quote SayaSayangMama 8-6-2021 03:11 PM
Campak je dlm lombong tanggal la nnt buai tu
Quote helicornia 8-6-2021 06:28 PM
budak2 skrg ni jiwa kosong ke suka sgt buat benda bukan2 mcm mintak perhatian pun ye
Quote supernaturalee 8-6-2021 07:00 PM
Buai laju2
Smpi pokok sena
Ape dalam baju
Quote IzzaT09 8-6-2021 09:26 PM
Fenomena gerhana matahari
https://stfly.me/nC3Yo
Quote RaraLavenda 29-7-2021 06:32 PM
Tahap pemikiran budak tik tok x pernah mengecewakn. Selalu bodoh.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.099316 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top