CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cinta Gila, Menyamar Pengantin Perempuan Halang Kekasih Kahwin Lelaki Lain

8-6-2021 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3091| Komen: 18

Description: Seorang lelaki sanggup menyamar sebagai pengantin perempuan hanya kerana ingin menghalang kekasihnya dikahwinkan dengan lelaki lain.
Seorang lelaki sanggup menyamar sebagai pengantin perempuan hanya kerana ingin menghalang kekasihnya dikahwinkan dengan lelaki lain.

Lapor Mirror, satu video menunjukkan lelaki itu lengkap mengenakan busana pengantin dan memakai alat solek.



Kredit foto: DNA India

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Bhadohi, utara India apabila pengantin perempuan sebenar bakal dikahwinkan dengan lelaki lain.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan kekasihnya dikahwinkan dengan lelaki lain dan sanggup mengambil tempatnya sebagai ‘pengantin perempuan’.


Kredit foto: India Times


Kredit foto: India Today

Namun, perbuatannya terbongkar selepas para tetamu mencurigai gerak -gerinya yang pelik sebelum memukul lelaki itu beramai-ramai.

Para tetamu menarik rambut palsu lelaki tersebut, namun dia sempat melarikan diri sebelum polis tiba di lokasi kejadian.



Sehingga kini polis belum melakukan sebarang tangkapan dan lelali itu terus menjadi buruan pihak berkuasa.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 8-6-2021 06:54 PM
siap bawak henbeg hokeh

Quote Tinot7 8-6-2021 06:58 PM
Apa rupa pengantin pompan tuhh??
Quote angelofish 8-6-2021 07:01 PM
ingat kan drama cina...rupanya drama india
Quote lolipopi 8-6-2021 08:27 PM
Diaorang ni makan ape la bebal sangat.. Gelak beso aku arini
Quote sambaldurian 8-6-2021 08:42 PM
ak rs ni bkn kekasih pengantin perempuan, tp kwn kpd kekasih pengantin pmpuan.  nk divert perhatian pengantin pmpuan lari gitu. klu kekasih tu sendiri ape ke bengap g menyamar, bwk jela lari mcm sofia jane perempuan, isteri & ..... smpai ke danok nasir bilal khan cari.
Quote Janjimanismu123 8-6-2021 09:17 PM
Mcm2 la..siap ada handbag kecik lg
Quote Punat_button 8-6-2021 09:22 PM
gitu cari dot com cawangan new delhi melaporkan



Quote supernaturalee 8-6-2021 10:04 PM
Punat_button replied at 8-6-2021 09:22 PM
gitu cari dot com cawangan new delhi melaporkan

Komen ni complete kn berita ni

Iols pun gelak besar

Quote jazaa100 8-6-2021 10:12 PM
sambaldurian replied at 8-6-2021 08:42 PM
ak rs ni bkn kekasih pengantin perempuan, tp kwn kpd kekasih pengantin pmpuan.  nk divert perhatian  ...

Kwn kepada kekasih pengantin pompuan tu mcmana?

Kau jgn buat aku confused.....
Quote clarizsa 8-6-2021 10:28 PM
Hahahahahah padan muka kena pukul
Quote sambaldurian 8-6-2021 11:14 PM
jazaa100 replied at 8-6-2021 10:12 PM
Kwn kepada kekasih pengantin pompuan tu mcmana?

Kau jgn buat aku confused.....

berita ni pun mcm x lengkap, yg menyamar masih dicari polis lg. ak buat andaian je. yg ak pelik ape la ssh2 g menyamar sbg pengantin pmpuan tu, bwk lari jela . motif nk menyamar dh knp. x fhm ak plan dorg.
Quote jazaa100 8-6-2021 11:34 PM
sambaldurian replied at 8-6-2021 11:14 PM
berita ni pun mcm x lengkap, yg menyamar masih dicari polis lg. ak buat andaian je. yg ak pelik ap ...

Ooo...kau speku je ek?....

Aku rasa dia tanak pengantin pompuan @ kekasih dia kawin...sbb tu dia mnyamar jd pengantin pompuan...nanti bila upacara jln keliling api tu, bkn pompuan sebenar lah...jd tak sah lah perkawinan tu....
Quote gideoncross 9-6-2021 11:35 PM
lolipopi replied at 8-6-2021 08:27 PM
Diaorang ni makan ape la bebal sangat.. Gelak beso aku arini

Iol tngh bca artikel dgn srs tpi trktawa psl komen uol ni.
Quote gideoncross 9-6-2021 11:36 PM
Punat_button replied at 8-6-2021 09:22 PM
gitu cari dot com cawangan new delhi melaporkan

Dh mcm brita plak hahahaha.
Quote nononcrux 10-6-2021 09:53 AM
korang kalau layan crime patrol chanel 251 ahahha mcm mcm kes ada.. dengan lifestyle dorang kat sne tu reality hahhaha, bollywood tu hanya layar palsu untuk peminat hindi realitynya sana mmg btl btl kotor. hihi
Quote Catpaw 12-6-2021 09:53 AM
Gambar dr belakang macam perempuan, tulen bang...
Quote Catpaw 12-6-2021 09:53 AM
Gambar dr belakang macam perempuan, tulen bang...
Quote edayildiz 12-6-2021 01:41 PM
mcm2 la kt india ni..aritu adik gnti kakak kawen...wpn negara kita ni tgh xstabil tp sujud syukur i jd org malaysia ni..tkde byk sgt drama

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060386 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top