CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kesian Papa Sibuk Ingatkan Rakyat Patuh SOP, Dafi Lupa Ke?

9-6-2021 03:33 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6236| Komen: 20|Original author: Oleh: LilRose

Description: Di kala Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diasak memberi penjelasan mengenai kebenaran operasi program hiburan yang mengumpulkan lebih 50 individu pada satu masa, anaknya, penyanyi Dafi juga mencuri tump ...
Di kala Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diasak memberi penjelasan mengenai kebenaran operasi program hiburan yang mengumpulkan lebih 50 individu pada satu masa, anaknya, penyanyi Dafi juga mencuri tumpuan ramai.



Kredit foto: NST

Sebelum ini, program All Together Now Malaysia dilapor dihentikan buat sementara waktu berikutan dakwaan ramai artis melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada Mac lalu.

Difahamkan, ramai artis yang hadir sebagai juri jemputan tidak memakai pelitup muka ketika program berjalan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Kredit foto: IG


Malah, anak Menteri Kanan (Keselamatan) itu turut terkena tempiasnya ekoran kehadiranya sebagai salah seorang juri program berkenaan.

Nama Gadaffi Ismail Sabri itu kini dihujani kecaman warga maya yang tidak berpuas hati kerana memberi contoh tidak baik kepada kepada masyarakat.


Kredit foto: IG

Kredit foto: Twitter

Sepatutnya, dia perlu menjaga nama baik dan imejnya sebagai public figure serta anak kepada seorang menteri.



MalaysiaGazette melaporkan, program yang diacarakan Sherry Alhadad itu bersiaran secara rakaman di stesen berbayar dan menghimpunkan 50 juri dalam satu masa.

Bapanya sering menyampaikan maklumat mengenai SOP terkini, dia pula 'buat hal' menimbulkan kemarahan ramai dengan melanggar SOP yang disampaikan bapanya. Apa cerita?

"Tindakan akan diambil jika ada yang melanggar SOP, tidak kira siapa mereka, termasuk jika individu itu anak saya," kata Ismail kepada Malaysiakini pada Rabu.

Tiada kompromi siapa langgar SOP termasuk anak sendiri! - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 9-6-2021 03:53 PM
Apa kriteria ank mail ni dpt jadi juri? Tlg denda max pls.. Xpyh nk siasat sgt laaa.. Klu xkerana de twitter segala.. Mesti dah kambus blkg rumah dudaberhias macam kek masambun tu
Quote ImpianSeroja 9-6-2021 04:01 PM
Edited by ImpianSeroja at 9-6-2021 07:10 PM

Tadi baca citer mail zani..ni baca citer ank mail pulak...glemer nama mail now yer..
Quote tipah89 9-6-2021 04:06 PM
Normabaru replied at 9-6-2021 03:53 PM
Apa kriteria ank mail ni dpt jadi juri? Tlg denda max pls.. Xpyh nk siasat sgt laaa.. Klu xkerana de ...

atas tiket anak kepada pak mael aka menterik kesayangan rakyat jelatah la kaka

Quote Budakmomok 9-6-2021 04:11 PM
Wah x perasan Dafi pun jadi juri. Tapi suka Sherrt jadi pengacara. X la Dato AC je jd pengacara
Quote Normabaru 9-6-2021 05:55 PM
tipah89 replied at 9-6-2021 04:06 PM
atas tiket anak kepada pak mael aka menterik kesayangan rakyat jelatah la kaka

Ala tipah. Kaka tgh cuba buat bodo2 alang... Bak kata prof disayangi jodoh. Haaa... Ko syg kaka norm x? Agituh bodo alang kaka dipetang rabuEkekekke
Quote imrb 9-6-2021 06:01 PM
aku tak leh hadam kriteria apa dpt jadi juri nyanyi pun ke laut dalam..
Quote KBW2 9-6-2021 06:22 PM
Mewarisi wajah bodo papanya.
Quote suka2 9-6-2021 06:41 PM
Dia nyanyi pun xsedap mcm mana leh jadi juri. Popular pun tidak
Quote alien88 9-6-2021 08:01 PM
eh Dafi ada dlm ATNM? xperasan pon
Quote imrb 9-6-2021 08:15 PM
alien88 replied at 9-6-2021 08:01 PM
eh Dafi ada dlm ATNM? xperasan pon

dia nana af, sapa lagi semua ke laut mencandat sotong
Quote alien88 9-6-2021 08:25 PM
imrb replied at 9-6-2021 08:15 PM
dia nana af, sapa lagi semua ke laut mencandat sotong

lol, nana pon ada? mmg x perasan langsung
camera asyik focus dkt tok gelang ja
Quote imrb 9-6-2021 08:26 PM
alien88 replied at 9-6-2021 08:25 PM
lol, nana pon ada? mmg x perasan langsung
camera asyik focus dkt tok gelang ja

aku tgok kat mana ntah aku takde astro tapi mmg jurinya sendu2.. nasib ada nana sendayan.. dtuk gelang ketua juri.. ko bygkan nyanyi fiona je pun..  
Quote slyfynx 9-6-2021 08:27 PM
imrb replied at 9-6-2021 08:15 PM
dia nana af, sapa lagi semua ke laut mencandat sotong

Tu aku cakap.
Jd retis ni ramai nak, sbb most of the time jual rupe and kontroversi je.
Dapat bayaran Rm500 sekali program pun mngeamuk.
Ko rase yang amik swab test tu kene bayar byk tu ke untuk sehari betugas?


Quote ina_na 9-6-2021 08:32 PM
Anak sulung aku ckp musim covid2 ni patut banyak ingat mati.. Patut banyak memgaji.. Ni x hiburan x abis2.. Ms dia ckp tu aku tgh merempit citer kpop missing the other side.. Terasa ati mak nye ni.. Hehehe
Quote 3chanceno 9-6-2021 08:58 PM
imrb replied at 9-6-2021 08:26 PM
aku tgok kat mana ntah aku takde astro tapi mmg jurinya sendu2.. nasib ada nana sendayan.. dtuk ge ...

Kalo datuk gelang jadi ketua juri, sila tukar channel!!!

Pelik apa kebenda datuk gelang nie hebat dlm nyanyian seperti yg dikata, 'nyanyi fiona je' hahaha

Program sampah!
Quote bluebutter 9-6-2021 08:59 PM
KBW2: Mewarisi wajah bodo papanya.

Betuiiiiii!!!!!
Quote mohdcrow 9-6-2021 09:00 PM
Mungkin rancangan ni essential?...kikikiki
Quote tipah89 11-6-2021 01:18 AM
Normabaru replied at 9-6-2021 05:55 PM
Ala tipah. Kaka tgh cuba buat bodo2 alang... Bak kata prof disayangi jodoh. Haaa... Ko syg kaka no ...

syglaaaaa kaka norm mucuk2..kuikuikuiii hangat betul kes bodo2 alang di socmed dua 3 hari ni yaaaaa..hari ni still bertebaran di wall pasal issue ni.. tipah dok tepi je mkn saki baki kuih raya tengok netizen berantem.

Quote Normabaru 11-6-2021 07:11 AM
Edited by Normabaru at 11-6-2021 07:14 AM
tipah89 replied at 11-6-2021 01:18 AM
syglaaaaa kaka norm mucuk2..kuikuikuiii hangat betul kes bodo2 alang di socmed dua 3 hari ni  ...


Hahaha... Mucukk terus kaka norm ye dik tipah?? Sobsob.. Kaka klaka tgk sume tololwer beria gigih nk kata dorg paham apa maksud prof..
Masalahnyaaa... Dia mmg dah salah ckp n xkena context.. Xkisah la nk bodo2 sbb nk bmanje ke apa.. Tp ape kaitan dgn testeron n jodoh.. Kajian mana dia pakai.. Nama prof n fillower ramai.. Bila keluar statement sengal ubi gitu.. Mmg la kena tembak.. Sbb xnmpk cerdik.. Tp yela.. Ade yg masih nk Bekap selagi boleh siap sampai cari definasi BODOH. hahahahah terhibur kaka


Nway... Jadi Hangat tu pon sbb sume org dok umah xde buat apa nk gentel laki bini da lama setel... So gaduhla kt socmed. Baru meriah sikit. Hahaha

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-7-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.192436 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top