CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Varian Delta Covid-19 Sebabkan Gangren Dan Pekak

9-6-2021 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2639| Komen: 10

Sekumpulan doktor di India mendakwa varian Delta Covid-19 yang baharu menyebabkan pesakit mengalami sakit gangren dan kehilangan daya pendengaran, lapor portal MailOnline kelmarin.

Gangren adalah satu keadaan di mana tisu badan mati dan mula mereput ketika masih berada di dalam badan, yang disebabkan oleh kekurangan oksigen ekoran bekalan darah yang tersekat.



Kredit foto: Hindustan Times

Menurut laporan Bloomberg, sama seperti simptom-simptom biasa Covid-19, beberapa petugas kesihatan di India berkata terdapat peningkatan dalam kalangan pesakit yang menjadi pekak atau mengalami gangren disebabkan pengumpulan darah beku.

Koronavirus diketahui mampu mengakibatkan darah beku dalam kalangan ramai pesakit, yang kemudiannya akan menyebabkannya tersekat di saluran darah kecil, sekali gus memutuskan bekalan darah.

Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya gangren jika tidak dirawat dengan betul.


“Saya melihat tiga ke empat kes bagi sepanjang tahun lepas dan kini terdapat seorang pesakit (dengan simptom gangren) dalam masa seminggu.

“Kami mengesyaki ia mungkin disebabkan oleh varian virus terbaharu,” ujar pakar kardiologi dari Mumbai, Dr. Ganesh Manudhane.

Campak, beguk dan beberapa jenis herpes juga antaran kesan kerosakan kekal yang disebabkan oleh serangan koronavirus pada bahagian koklea telinga.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan itu boleh berlaku, namun bengkak yang disebabkan oleh tindak balas imun boleh merosakkan bahagian dalam telinga yang sensitif atau bulu-bulu halus yang diperlukan untuk pendengaran. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monreyes 9-6-2021 06:02 PM
ke sebab minum kencing lembu
Quote helicornia 9-6-2021 06:46 PM
ya Allah.macam2 bala sebab covid ni
Quote namemysoul 9-6-2021 06:48 PM
monreyes replied at 9-6-2021 06:02 PM
ke sebab minum kencing lembu

Pokok pon rs cggtu gak....virus kobid + kuman dlm air kencing lembu.....mutant....huhuhuhu
Quote ina_na 9-6-2021 11:34 PM
Ya Allah seram nye. Jgn la merebak ke Malaysia ni.. Kesian rakyat Malaysia
Quote aechae 9-6-2021 11:40 PM
Xboleh mkn ubat cacing ke utk varian ni?tanya jee
Quote insulin 10-6-2021 01:34 AM
aechae replied at 9-6-2021 11:40 PM
Xboleh mkn ubat cacing ke utk varian ni?tanya jee




Quote aechae 10-6-2021 07:29 AM
insulin replied at 10-6-2021 01:34 AM

Sorry bukan tred dia buka rupanya
Quote ninja9 10-6-2021 07:55 AM
Campak, beguk dan beberapa jenis herpes juga antaran kesan kerosakan kekal yang disebabkan oleh serangan koronavirus pada bahagian koklea telinga.


apa yg dia nak cakap sebenarya.. mcm pelik je.. siapa yang ada penyakit tu akan mengalami kerosakan kekal disebabkan virus covid ni memburukkan keadaan ker
Quote blastoff 10-6-2021 07:57 AM
ninja9 replied at 10-6-2021 07:55 AM
apa yg dia nak cakap sebenarya.. mcm pelik je.. siapa yang ada penyakit tu akan mengalami kerosa ...

sebab virus tak di bunuh ler kerana di beri ubat SEMUA jenih tak berkesan sokmo lalu virus yg tetap ada dalam badan tuuu menyebabkan kesan sampingan berpanjangan lah , SEUMUR hidup menanggungnyaa..... sebab tu perlu guna ubat cacing je utk cepat2 bunuh virus covid tu dan bukannya membiarkannya berpesta dalam badan manusia
Quote ninja9 10-6-2021 08:02 AM
blastoff replied at 10-6-2021 07:57 AM
sebab virus tak di bunuh ler kerana di beri ubat SEMUA jenih tak berkesan sokmo lalu virus yg teta ...

ok.. kena stock ivermectin ni banyak2...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.031820 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top