CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dikatakan Hilang Selepas Ke Gaza, Caprice WhatsApp Ustaz Ebit Lew

11-6-2021 10:39 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 9980| Komen: 34|Original author: Oleh: Ct Cheery

Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew merupakan seorang pendakwah yang amat disayangi dan dihormati orang ramai dek kerana sifat dermawannya yang suka membuat kerja kebajikan dan membantu orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama.


Pada 25 Mei lalu, Ustaz Ebit Lew (UEL) telah berangkat ke Gaza bagi menguruskan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestine dengan menyampaikan sumbangan dan bantuan kecemasan kepada rakyat Palestine yang terjejas akibat daripada serangan Israel ke atas Gaza.


Namun, baru-baru ini hangat tersebarnya berita palsu mengenai UEL yang didakwa hilang di Gaza setelah hampir dua minggu tidak mengaktifkan media sosial miliknya. 


Warganet tidak senang duduk dan hal ini menimbulkan kebimbangan mereka mengenai keadaan UEL di sana.


Foto: Instagram Caprice


Berikutan itu, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice menerima banyak pesanan peribadi warganet yang berkongsikan berita kehilangan UEL di Gaza. Namun, warganet boleh menarik nafas lega apabila Caprice dapat berhubung dengan UEL dan mengesahkan UEL kini dalam keadaan baik-baik sahaja.


Caprice berkongsikan tangkap layar perbualannya bersama UEL di Instagram. 



"Ustaz Ebit Lew is ok guys. Yang share berita ustaz hilang tu adalah berita palsu," tulisnya.


Caprice mengakhiri perbualan mereka dengan menitipkan doa, pesanan dan kata-kata semangat buat UEL untuk sentiasa menjaga diri dan beliau sentiasa memperolehi sokongan daripada orang ramai di Malaysia. Caprice juga mengatakan kesudiaannya membantu seandainya pihak UEL memerlukan apa-apa bantuan darinya. 


Segala persoalan dan tanda tanya mengenai kehilangan UEL akhirnya terjawab dengan bantuan dari Caprice. Dengan itu, warganet diminta berhenti menyebarkan berita palsu yang tidak berfaedah. Sebaiknya, warganet Sama-sama mendoakan kesejahteraan UEL agar dia dilindungi dan dijauhkan dari perkara bahaya. - CARI


Sumber: Instagram Caprice dan Kopi Beng

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 11-6-2021 10:43 AM
Reply topinasi ada nanes2, lap2.. mcm pompan..
Aritu tekel awek zionis dpt tak?
Quote slyfynx 11-6-2021 10:50 AM
Eh, sibuk la kau nk enter-frame. Semua isu die nk sibuk2 sbb xde orang nk sebut nama die kan.
UEL ni pun orang dah x kisah sgt sebenarnye
Quote helicornia 11-6-2021 10:51 AM
Edited by helicornia at 11-6-2021 10:53 AM

balik je la EL kalau tk dpt masuk gaza tu.tk payah la nak malu alah
Quote bakingsoda 11-6-2021 11:48 AM
haa gitchu jawapan samar2 je dia bagi
Quote ImpianSeroja 11-6-2021 11:59 AM
Ariz ramli upanya nama sebenar caprice.. apapun semoga Ustaz Ebit Lew baik2 saje di sana
Quote luluaurora 11-6-2021 12:07 PM
alhamdulillah,
moga ustaz & team selamat
Quote penoren 11-6-2021 12:24 PM
alhamdulillah.. semoga selamat hendaknya UEL ...
Quote LadyCarefree 11-6-2021 12:53 PM
Kita semua tu siapa topinasi? Kau dan tolowers kau dn tolowers dewabit je.
Quote user.name 11-6-2021 01:20 PM
besar love dia bagi kauu
Quote Normabaru 11-6-2021 02:09 PM
oT kejap.. ape jadi dgn duit topi nasi collect utk denda sop abam berger 50k yang dh reduced jadi 2k tu?
Quote Normabaru 11-6-2021 02:12 PM
Rmi kot pengiring sida2 yg ikut el ni.. Jjcm la dh alang2 g oversea tu.. Xkn nk tunjuk.. Kang kena kecam korang gk panas. Hahaaa
Quote Itzy 11-6-2021 03:55 PM
helicornia:    Edited by helicornia at 11-6-2021 10:53 AM  balik je la EL kalau tk dpt masuk gaza tu.tk payah la nak malu alah


Dia nak cari mati syahid, biarlah nyawa dia.....ko pehal malu alah. tak nak buat kebajikan senyap saja la. bising lak
Quote cik_chili 11-6-2021 06:48 PM
helicornia replied at 11-6-2021 10:51 AM
balik je la EL kalau tk dpt masuk gaza tu.tk payah la nak malu alah

Direct ni sis...hahaha
Quote helicornia 11-6-2021 07:52 PM
Itzy replied at 11-6-2021 03:55 PM
Dia nak cari mati syahid, biarlah nyawa dia.....ko pehal malu alah. tak nak buat kebajikan senya ...

yo la mati syahid.sapa ko nak menilai org mati syahid.dan mana ko tau aku tak bantu palestin
Quote helicornia 11-6-2021 07:54 PM
cik_chili replied at 11-6-2021 06:48 PM
Direct ni sis...hahaha

haha sume org tau dia bermasalah nak masuk gaza kan. kalau tk bole masuk tu balik je.byk cara lain nak tolong spt hantar bantuan kewangan tk perlu nk hantar barang ke sana pun
Quote cik_chili 11-6-2021 08:20 PM
helicornia replied at 11-6-2021 07:54 PM
haha sume org tau dia bermasalah nak masuk gaza kan. kalau tk bole masuk tu balik je.byk cara lain ...

Takkan laa team dia xtahu betapa byk redtape nk.msuk.Gaza. bole pecat dah PA dia yg xbuat keje tu...belanja lodging shj cecah puluh ribu tuh...
Quote KucingBiru 11-6-2021 08:25 PM
helicornia replied at 11-6-2021 07:54 PM
haha sume org tau dia bermasalah nak masuk gaza kan. kalau tk bole masuk tu balik je.byk cara lain ...

Kalau tak dapat masuk gaza sesia je la investment dia ke sana. Dia kena tunjuk dia terpaling jugak.
Quote KucingBiru 11-6-2021 08:27 PM
cik_chili replied at 11-6-2021 08:20 PM
Takkan laa team dia xtahu betapa byk redtape nk.msuk.Gaza. bole pecat dah PA dia yg xbuat keje tu. ...

Dia kan suka sondol ikut suka atas keyakinan tinggi Allah memudahkan insan semukianya merentasi semua batas kehidupan.

Gittew. Bila tak berjaya nanti boleh berdrama. Kalau dia berdrama sekarang takut israel ban dia terus.. so tunggu drama bila balik sini
Quote biozipstar 11-6-2021 11:44 PM
wakakaka.. ramai yg dm caprice.. wakakakaka.. kenapa aku rasa kelakar.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.056961 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top