Pelik tapi benar! Seorang wanita yang dilaporkan hilang dari kampungnya di Palakkad, Kerala sejak 11 tahun lalu, ditemui tinggal bersama kekasihnya di sebuah rumah yang hanya terletak 500 meter dari kediaman ibu bapanya.
Menurut The Indian Express, wanita yang bernama Sajitha itu dilaporkan hilang pada Februari 2010 di mana ketika itu dia berusia 18 tahun. Selama bertahun-tahun, ibu bapanya tidak berputus asa mencarinya namun sia-sia. Sajitha tinggal secara rahsia di rumah keluarga kekasihnya, Alinchuvattil Rahman, dan dia 'dikurung' di sebuah bilik tanpa pengetahuan ahli keluarga lelaki tersebut.
Mereka merahsiakan hubungan daripada pengetahuan orang lain kerana berbeza agama. Tiga bulan lalu, Rahman bertengkar dengan keluarganya dan mengambil keputusan untuk keluar dari rumah berkenaan. Pasangan itu menetap di kampung lain, yang terletak tidak jauh dari rumah ibu bapa Sajitha, tanpa pengetahuan keluarga sebelum 'kantoi' apabila diketahui salah seorang abangnya. Pasangan itu kemudian dibawa ke mahkamah dan akhirnya dibenarkan tinggal bersama selepas Sajitha nekad mahu bersama dengan kekasihnya. - CARI Sumber: mStar/ India.com
|
None68 replied at 11-6-2021 08:54 AM
Macam2...11 tahun tu x beranak pulak ye
jiwasemangat replied at 11-6-2021 11:31 AM
..tak kann tak terserempak kat ana-ana..? Kat speed mart kerr.. kat pasar kerr.. kat mamax kerr...?
jazaa100 replied at 12-6-2021 09:19 AM
Dia tak kuar. ...dok dlm bilik je......
Family kekasih pun x tau....
supernaturalee replied at 12-6-2021 12:17 PM
Kencing berak?
ADVERTISEMENT