Penyanyi lagu Bunga, Ara Johari, 24, tidak perlu menunjukkan dirinya sebagai 'bodoh-bodoh sikit'' atau kurang cerdik hanya kerana ingin mencari jodoh.
Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari berkata, rezeki dan jodoh itu adalah ketentuan Allah dan apabila sudah sampai jodoh seseorang itu, pasti akan jadi kenyataan. "Saya tak tahu kenapa kita sebagai wanita kena tunjuk tidak cerdik hanya kerana mahu mencari jodoh? Bagi saya, teruskan saja menjadi diri sendiri dan Insya-Allah, adalah jodohnya nanti. "Sama ada cerdik atau kurang bijak untuk jodoh itu datang lebih cepat atau lambat bukan ukurannya. Semua itu sudah ditetapkan oleh Allah dan percayalah masanya akan tiba juga," katanya.
Ara menjawab untuk pandangannya berkaitan isu video pakar motivasi Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad mengatakan seorang wanita 'biarlah macam bodoh-bodoh sikit' jika mahu cepat mendapat jodoh yang tular hari ini.
|
ADVERTISEMENT