Pelakon, Saharul Ridzwan mengakui dia bersama isteri berasa amat rindu untuk menghadiri majlis ilmu yang dikendalikan oleh penceramah popular, Ustaz Ebit Lew yang diberi nama Seminar Keluarga Sunnah.
Jelas Saharul, seminar tersebut telah banyak mengajarnya untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mengikut sunnah dan syariat Islam. Katanya lagi, selain makan di dalam talam, tahun ini juga merupakan kali pertamanya dia melaksanakan ibadah puasa 6. “Rindu dengan suasana macam ni. Seminar Keluarga Sunnah, dengan ustaz @ebitlew, first time isteri saya yang ajak, bersungguh-sungguh dia nak pergi. “Time tu saya ikutkan je. Dengar je, rupa-rupanya baru tahun ni belajar-belajar wujudkan sunnah kat rumah. Tahun ni first time makan talam dengan isteri. Tahun ni first time seumur hidup puasa 6,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Sabarlah Duhai Hati itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Saharul turut berharap agar dia dan isteri sentiasa dibukakan pintu hati untuk mendalami ilmu mengenai Islam. “Allah, selepas 32 tahun hidup. Tahun ni, saya pulak ajak dia. Asbab doa orang yang kita sayang. Semoga Allah buka pintu hati kita @deenaemir. Amin Ya Allah. “Semoga kita terus mendoakan orang yang kita sayang dan seluruh umat. InShaaAllah,” jelasnya lagi. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat perubahan positif keluarga tersebut selain turut mendoakan semoga Saharul dan isteri akan kekal bahagia hingga ke jannah.
“Moga yang pertama tu buka jalan untuk yang seterusnya. InsyaAllah Amin. “Alhamdulillah, semoga menjadi asbab kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. “Semoga Saharul sekeluarga istiqamah dalam kebaikan. Amin ya rabbal alamin. “Bertuah dapat isteri macam Abang Saharul ni. Memang isteri solehah,” antara reaksi-reaksi netizen yang ditinggalkan di ruangan komen.
Untuk rekod, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir telah pun melangsungkan majlis perkahwinan pada September 2016 Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3 tahun dan Fateema Azzahra, 8 bulan.-CARI Sumber: Media Hiburan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|