CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Maut Lepas Ibu Acah Nak Campak Dari Balkoni Tingkat 6

11-6-2021 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4338| Komen: 21

Seorang ibu dituduh membunuh anak perempuannya berusia tiga tahun di bandar Saratov, Rusia.

Anna Ruzankina didakwa melakukan pembunuhan dengan mengacah mahu mencampak anak perempuannya dari balkoni sebagai hukuman kerana menangis sebelum kanak-kanak itu terjatuh.



Kredit foto: VK.com/Daily Star

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), kelihatan Anna menggantung Anastasia setinggi 60 kaki walaupun pada ketika itu mangsa merintih kepada ibunya kerana ketakutan sebelum terjatuh ke jalan sehingga mati.

Anna dilihat seperti menggoncang tubuh anaknya yang sudah tidak bernyawa itu seolah-olah cuba menghidupkannya semula ketika membawa mayat mangsa kembali ke rumahnya di tingkat enam.

Wanita tersebut dikatakan hanya memegang baju anaknya itu semasa dia berada di tepi balkoni rumahnya. Walau bagaimanapun, baju anaknya terkoyak dan menyebabkan kanak-kanak terbabit terjatuh.


Menurut Daily Star, seorang pejalan kaki yang berada berhampiran kawasan kejadian memberitahu dia mendengar suara kanak-kanak menjerit dari tingkat atas.


Kredit foto: Plohie Novosti/Daily Star

"Ketika saya berpusing, saya ternampak seorang kanak-kanak perempuan sudah terbaring di atas jalan dan berlumuran darah. Saya berlari dan terus menghubungi ambulans."

Anna ditahan polis kerana disyaki membunuh anak perempuannya dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 21 tahun jika didapati bersalah.


Sumber: OhBulan
1

Bagus
3

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 11-6-2021 02:30 PM
Kau.memang nak anak kau mati.kan..
Quote RumiMenari 11-6-2021 02:33 PM
Kenapa penjara je.. tu pun kalau sangkut kes membunuh.. bagi gantung je la.. gantung 60kaki gak sampai baju dia koyak & mampus jatuh..
Quote Kurex 11-6-2021 03:03 PM
Tak china, mesti rusia......
Quote insulin 11-6-2021 03:14 PM
Apa punya mak ni? Tak ada hati perut dengan anak sendiri.
Quote tint2519 11-6-2021 04:14 PM
Mak gila!!!
Quote Boomibulat 11-6-2021 05:27 PM
Kena 21 tahun je..umur dia baru 23..keluar nti baru 40an je..
Quote Dovahkiin 11-6-2021 05:28 PM
Russia, the asian China.
Quote missycutie 11-6-2021 06:53 PM
tergamaknya mak dia
Quote tupaiterbang 11-6-2021 09:02 PM

Keluar penjara, buat anak lagi sorang. Settle


Quote sweetrevenge16 11-6-2021 09:34 PM
Kesiannya...dahla comel je budak tu
Quote LautBiru52 11-6-2021 09:35 PM
Kena penjara 21 tahun. Mau dia gila dlm penjara. Itu pun kalau betul2 takde niat nak bunuh anak la.
Quote anony-mous 11-6-2021 09:42 PM
Pdn muka ko mesti menyesal seumur hidup. Sama ada jd gila atau akan bunuh diri.
Quote kakigebang 11-6-2021 10:03 PM
allahuakbar,subhanallah.. berita apa aku baca ni
Quote emptybotol 11-6-2021 10:05 PM
Menyesal aku google cari video dgr bunyi anak dia meraung takut. Menyesallllllll
Quote sparkly 11-6-2021 10:22 PM
{:freak  Kesian budak tuuuu, maknya punnnn kenapa la buat mcm tu sekali
Quote helicornia 12-6-2021 01:44 PM
maknya ada suami tak?aku.perati byk betul kes pompuan kokesen yg tk kawin tapi muda2 beranak pastu tk mau jaga anak.ada yg tinggalkan anak berhari2 sbb nak jumpa boyfren. klu tk sedia kenapa beranak
Quote zie_indah 13-6-2021 06:00 PM
Mak gila ni baik takyah beranak lg bagus dari beranak pas tu bunuh anak
Quote chinta89 30-6-2021 01:45 AM
X sanggup bacaaa {:cryrun
Quote ayra.e 26-7-2021 09:49 PM
Nak hukum ,tp dgn cara yg bahaya..dah selamat dah pon anaknye.nyesal pon xgune.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.088218 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top