Seorang lelaki yang menampar muka Presiden Perancis, Emmanuel Macron dihadapkan ke mahkamah dan berdepan denda sebanyak 39,000 pound (RM228,000). Lelaki itu berdepan pertuduhan melakukan serangan terhadap pegawai awam yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun.
Lapor Mirror, penganggur Damien Tarel, 28, bertindak demikian kerana mendakwa Macron terpalit dengan banyak tindakan mencetuskan kontroversi. Dia memberitahu mahkamah di Valence, asalnya dia berniat membaling telur atau tart krim terhadap ahli politik itu. “Saya rasa kepemimpinan Macron sangat teruk di negara ini. Sekiranya saya mencabar Macron untuk bertarung di bawah terik mentari, saya ragu-ragu dia akan sahut cabaran itu,” katanya Macron ditampar semasa menyantuni orang ramai di kampung Tain-l’Hermitage, Drome yang terletak di selatan negara itu, Selasa lalu.
Macron berjalan kaki untuk berjumpa pemilik restoran dan golongan pelajar bagi melihat keadaan mereka menjalani rutin harian semasa pandemik Covid-19. Menurutnya, tindakan itu adalah ganas dan mengancam prinsip demokrasi. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT