Seorang bayi yang baru dilahirkan menjadi perhatian netizen selepas ibu bapanya menamakannya sebagai Hypertext Markup Language (Bahasa Penanda Hiperteks) atau HTML, lapor portal Coconut semalam.
Bayi lelaki dengan nama penuh Hypertext Markup Language Rayo Pascual itu dilahirkan kelmarin di sebuah hospital di Bulacan. Namanya itu dikatakan diinspirasikan daripada pekerjaan bapanya yang merupakan seorang pembangun laman web. Bayi tersebut menjadi tular beberapa jam selepas ibu saudaranya memuat naik gambarnya di Facebook dengan menulis nama penuhnya. Rata-rata netizen teruja dengan nama bayi itu sambil berseloroh menggunakan namanya. “Bayi ini akan menggodam Pentagon (di Amerika Syarikat) apabila dia besar kelak. Begitulah namanya,” tulis seorang netizen.
“Apa khabar HTML? HTML awak apa?” tulis seorang lagi netizen. Sumber: Kosmo
|
airmineral replied at 13-6-2021 12:52 PM
iols terpaksa google di manakah letaknya Bulacan{:laugh
<html>
<head>
</head>
<body>
<h1>Hello World<h1>
</body>
</html>
supernaturalee replied at 13-6-2021 12:56 PM
Ape hasilnya
airmineral replied at 13-6-2021 01:15 PM
somewhere in filipina
Skuau replied at 13-6-2021 01:05 PM
mmm...pinoy ni...dh cam indon la plak...
airmineral replied at 13-6-2021 01:15 PM
somewhere in filipina
supernaturalee replied at 13-6-2021 03:34 PM
Owh
I thought somewhere over the rainbow
ninja9 replied at 13-6-2021 03:44 PM
Somewhere over the Rainbow - *****"IZ" Kamakawiwoole
... aku terpaksa censor separuh nama ...
shernazz replied at 13-6-2021 12:58 PM
Kenapa kau masak.sayur.tak.letak.belacan..haha
Adoi..nostalgia nya html masa.study dedolu...
ResellerMaxis replied at 13-6-2021 07:07 PM
Kenapa iol xpaham?
shernazz replied at 13-6-2021 07:49 PM
Haha..tu dialog tu..cite p.ramlee kot
Dia cakap cam.tu
Kenapa.masak.sayur tak.letak.belacan
ADVERTISEMENT