Zhurong mendarat di Planet Marikh pada Mei lalu sekali gus pencapaian besar China untuk menjadi kuasa besar angkasa lepas. Kenderaan itu dinamakan sempena nama dewa api dalam masyarakat China. Zhurong mengkaji topografi sebuah dataran lahar yang luas di Marikh yang dikenali sebagai Utopia Planitia. Gambar yang disiarkan oleh Pentadbiran Angkasa Lepas Nasional China menunjukkan trek di tanah merah yang ditinggalkan oleh Zhurong. Kenderaan enam roda berkuasa solar dan seberat 240 kilogram itu dijangka berada di Marikh selama tiga bulan untuk merakam gambar, mengumpulkan data geografi dan mengambil sampel batu.
China kini menghantar angkasawan ke angkasa lepas, kenderaan penjelajah ke Bulan dan mendaratkan kenderaan itu di Planet Marikh. Amerika Syarikat dan Rusia merupakan negara selain China yang berjaya sampai ke Planet Marikh. – AFP |
ADVERTISEMENT