Agak lama tiada isu mengenainya, Iqram Dinzly buat hal lagi dan kali ini dia dikatakan cuba memesongkan akidah anak muda. Iqram yang mengenakan solekan menggerunkan cuba ditegur seorang pemuda menerusi Bigo Live.
Apabila diminta supaya ingat pada Tuhan, Iqram membalasnya dengan kenyataan yang boleh memesongkan akidah. "Sembahlah aku, sembahlah aku!" Bukan solekan dan mimik muka saja, malah kata-katanya juga menyeramkan! Klip itu mendapat perhatian pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed. Menerusi Instagram, beliau memberi peringatan kepada pengguna media sosial supaya tidak melayan pelakon terbabit kerana khuatir akidah terpesong. Tegasnya, Iqram perlu mendapatkan rawatan kerohanian dan akidah kerana bimbang dia semakin jauh menyimpang. Dalam masa sama, dia berkata, tindakan undang-undang juga perlu dikenakan terhadap Iqram kerana perbuatannya secara tidak langsung merosakkan akidah diri dan umat Islam lain. Tidak berdiam diri, Iqram tampil merespons dengan panjang lebar selain melabel PU Syed sebagai Ustaz Abu Syirik dan mendapat kenyataan balas daripada pendakwah itu. |
Boomibulat replied at 14-6-2021 08:51 AM
Sohai pun lama2 akn jd mcm ni..
Boomibulat replied at 14-6-2021 08:51 AM
Sohai pun lama2 akn jd mcm ni..
Boomibulat replied at 14-6-2021 08:51 AM
Sohai pun lama2 akn jd mcm ni..
ADVERTISEMENT