Menghormati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kamal Adli dan Uqasha Senrose menangguhkan perkahwinan mereka. Jelasnya kepada Kosmo!, dia tidak mahu bernikah secara dalam talian kerana mahu majlis kahwinnya menjadi satu peristiwa yang akan dikenang sampai ke akhir hayat.
"Kita tangguh dahulu (perkahwinan) kerana tak mahu nanti ada isu-isu berbangkit. Kita hormat lockdown, bila dah dibenarkan merentas negeri (yang saya pun tak tahu bila), kita akan kahwin seperti yang dirancang. "Sebab apa? Sebab, kita dah bayar semuanya. Memang tak boleh pull out (tarik balik) duit. "Tak naklah nikah online ke apa atau yang boleh datang 40-30 orang. Apa yang nak dikenang nanti. Pada waktu sama, kita hormat lockdown dan tunggu kes Covid-19 negara reda," katanya. Pasangan selebriti itu merancang melangsungkan majlis akad nikah dan resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka bergantung kepada situasi pandemik Covid-19.
|
bedahmenjuyah replied at 14-6-2021 02:35 PM
Niat nak menghalalkan hubungan tu bagus dah. Tp dua2 dah basi jadi segera la nikah k. Nanti covid da ...
nordin84 replied at 14-6-2021 03:35 PM
jgn lps ni putus sudah.. masing2 pun pegang rekod kasanova
Firis replied at 14-6-2021 04:13 PM
Somehow aku rase kamal ni blum fully lupakan intan,first love kan,well bak kata lagu alyah tak mungk ...
codenamedream replied at 14-6-2021 04:18 PM
Sejak bila intan first love kamal
Firis replied at 14-6-2021 04:49 PM
Bukan ke weii?adeii sbb aku pnah baca dulu2 kamal bg tau intan first love die
ADVERTISEMENT