Selepas lebih 10 tahun cuba mencipta nama, penyanyi Mafarikha berkata, dia tidak pernah berputus asa untuk terus menempatkan dirinya sebaris penyanyi seangkatan yang lain.
Menurut Mafarikha atau nama sebenarnya, Mafarikha Mohd Akhir, 29, dia percaya dengan rezeki yang diberikan Allah SWT dan bersyukur kini bernaung di bawah syarikat rakaman milik penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir iaitu Luncai Emas. "Kadang-kadang tak tahu nak cakap macam mana sebab dah lebih 10 tahun dalam industri... memang tak famous dan orang tak berapa kenal pun saya. "Yang mana kenal saya, mereka tahulah perkembangan terbaharu yang banyak saya kongsikan di Instagram. "Sekarang Alhamdulillah saya dah hampir dua tahun bernaung di bawah syarikat rakaman Datuk M. Nasir, memang banyak perancangan telah kami bincangkan bersama tetapi disebabkan lockdown sekarang menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi mStar.
|
biozipstar replied at 14-6-2021 04:55 PM
tak kenal... tapi kalau dah bawak lagu m nasir mungkin boleh glemer...
Didi_dido replied at 14-6-2021 04:42 PM
Dia ni pernah masuk Asia's Got Talent kan? Sedap gak suara dia.
ADVERTISEMENT