CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Imej Eksentrik Dikutuk Teruk, Sarah Hilderbrand Tampil Sekolahkan Netizen

16-6-2021 11:49 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 14502| Komen: 81|Original author: Oleh: Rikuren


Selalunya golongan artis kurang memberi perhatian terhadap komen jelek yang ditinggalkan netizen dalam media sosial kerana perkara sebegitu akan meruntuhkan motivasi seseorang.

Namun lain pula ceritanya dengan pelakon Sarah Hilderbrand.



Baru-baru ini, pelakon Sarah Hildebrand telah memuat naik gambar dirinya berimej eksentrik dengan rambut merah serta mengenakan solekan pucat di laman Instagram miliknya.


Sarah menyifatkan sesi fotografi tersebut mengambil dari karakter Willy Wonka & Mat Hatter (lakonan Johny Depp), Eternal Sunshine of the Spotless Mind (Kate Winslet) dan The Fifth Element (Milla Jovovich).


Walaubagaimanapun, gambar Sarah itu mendapat kritikan pengguna yang terganggu dengan visual tersebut.

Sarah bagaimanapun membidas komen negatif yang dilemparkan terhadapnya dengan menegaskan gambar berkenaan telah dirakamkan sejak sekian lama dan baru dimuatnaik di akaun media sosialnya.

Kredit foto: Instagram Sarah via myartis.com

Menurut Sarah lagi, adalah tidak adil untuk individu luar untuk menilai dirinya sedangkan masing-masing punyai latar belakang dan kehidupan yang berbeza.

Dalam pada itu, isteri kepada Otto Gillen itu turut memuat hantaran membalas komen-komen negatif pihak yang kerap mencari kesalahan orang lain.


"...Semua tak pernah cukup buat mereka. Sehingga melepaskan geram pada orang lain, tanpa menyedari diri mereka bergelumang dalam gejala negatif yang datang dari suka duka kehidupan mereka sendiri," tulisnya.

Bertabahlah Sarah. Anggap sahajalah komen jahat yang ditinggalkan netizen sebagai minat yang ditunjukkan golongan pembenci terhadap dirimu. -CARI




1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawarkhayalan99 16-6-2021 12:02 PM
banyak betul masa heshe nak reply komen netzzz dengan panjang lebar yaa
Quote mesmerize 16-6-2021 12:03 PM
dah buat macam2 gaya pelik pun benang ko tetap sendu..
Quote uori 16-6-2021 12:36 PM
kak, private je ig dan jangan bagi sesiapa follow dan ko pun jangan follow sape2. ko nak bugil ke, tertonggeng ke, terbalik ke, tertiarap ke, takde sape amek tau komen keji caci puji. senang. habis cite.
Quote umbut 16-6-2021 12:40 PM
Dulu ko bertudung acah2 muslimah sejati sebab nabil ke... Last2 nabil pilih aida yg free hair je cam dik qiqi...
Quote johnfugelsang 16-6-2021 12:42 PM
uori replied at 16-6-2021 12:36 PM
kak, private je ig dan jangan bagi sesiapa follow dan ko pun jangan follow sape2. ko nak bugil ke, t ...

Padu… buat private ig jgn follow sesiapa and jangan sesiapa follow.. terhibur baca!

But betulla, dah kau dulu bertudung, pastu skrng camni, buat IG public, hadap la kecaman ye tak.
Quote solarlunar 16-6-2021 12:46 PM
Die ni dh knp???

Dlu suke tgk die host HyppTv. Fluent je ckp BM and BI.
Quote uori 16-6-2021 12:49 PM
johnfugelsang replied at 16-6-2021 12:42 PM
Padu… buat private ig jgn follow sesiapa and jangan sesiapa follow.. terhibur baca!

But betul ...

bukan apa, retis satu dunia hadap benda sama. sekali ko dah ambik keputusan nak berkongsi pada public, ko kena terima public akan menilai ko sama ada baik atau jahat. kalau tak takdelah retis korea selatan ramai bunuh diri sebab cyber bully.
aku tak menangkan orang yang komen bebukan nih tapi bukan boleh kawal kebodohan dorang. jadi diri sendirilah kawal diri sendiri, nak berkongsi atau tak. makin ramai pulak retis sekarang rajin menjawab kat media sosial kalau kena komen pelik2. nama pun media sosial, so kena hadaplah.

ish terlebih rajin pulak aku komen

Quote Fly_over 16-6-2021 12:51 PM
gambar cekak pinggang tu fierce gitew
Quote adaakukesah 16-6-2021 12:57 PM
Mcm ada masalah mental je sarah ni
Quote nakkomenjugak 16-6-2021 01:01 PM
off je comment tu haa.
Quote Nenasketum 16-6-2021 01:02 PM
Fesyen la acik ppr oi. Korang layak tengok majalah mastika jerk.
Aku suka kutuk retis sebab depa sampah dan menipu manjang. But I can’t find any fault with this girl, she gojes hokkay. Takyah pakai benda2 pelesu like most meleis sekeliling kita.
Quote LoveSungmin 16-6-2021 01:03 PM
netizen ni pun banyak betul komennya.. tengok senyap2 tak boleh ke? i rasa okay je gambar dia..
Quote LoveSungmin 16-6-2021 01:04 PM
Fly_over replied at 16-6-2021 12:51 PM
gambar cekak pinggang tu fierce gitew

i rasa menarik gambar tu..
Quote idril 16-6-2021 01:08 PM
aku pelik setengah juta jugak org follow minah mental ni
Quote cap_ayam 16-6-2021 01:12 PM
muka dia sesuai je buat imej pelik2 gini.
Quote slyfynx 16-6-2021 01:14 PM
Yay, dah ade thread jawapan padu, sekolahkan.
Tunggu benang netizen terhibur pulak.
Quote johnfugelsang 16-6-2021 01:15 PM
uori replied at 16-6-2021 12:49 PM
bukan apa, retis satu dunia hadap benda sama. sekali ko dah ambik keputusan nak berkongsi pada pub ...

Setuju!

Dah nama pun publik, hadap la kecaman kan.. taknak kecaman, takyah post.. Tapi tangan gatal nak post kan… artis artis
Quote boongalalang 16-6-2021 01:18 PM
Dia patot follow izara. Off comment section. And open pada 1/2 photos a year Aman damai kepala
Quote ninnamina 16-6-2021 01:18 PM
Sayangnyee sarah dah lawa bertudung pegi cabut..

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.051770 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top