CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lisa Surihani Selamat Bersalin Anak Lelaki, Sama Tarikh Lahir Dengan Yusry

15-6-2021 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15259| Komen: 95

Ulang tahun kelahiran yang ke-48 Datuk Yusry Abdul Halim cukup bermakna apabila isteri kepada pelakon dan pengarah tersebut iaitu Datin Lisa Surihani selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi, Selasa.


Pengarah berusia 48 tahun itu meluahkan rasa syukur atas hadiah hari lahir istimewa itu dan turut memberitahu isteri dan bayi lelaki mereka kini dalam keadaan baik.

Foto: IG


"Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi tadi. Baby dan mummy, kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

"What a birthday present. Welcome to the world Junior!" tulis Yusry.

Ahli kumpulan KRU itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.




Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan Yusry sekeluarga dipermudahkan.

"Alhamdulillah tahniah kak @lisasurihani dan abang @yusryabdhalim... semoga anakanda kalian menjadi anak yang soleh dan salah satu asbab kalian ke syurga. Amin. Selamat berpantang kak Lisa.

"Sama tarikh dengan hari lahir anda. Syukur Alhamdulillah... tahniah untuk anda berdua ya.

"Alhamdulillah... wah tahun hadapan bolehlah sambut hari lahir dengan daddy dia sekali ya. Tahniah Lisa dan Yusry," komen beberapa netizen.


Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelahiran anak ketiga pasangan itu gagal apabila Yusry belum membalas mesej.

Pada Februari lalu, Yusry mengumumkan isterinya yang juga seorang pelakon sedang hamil cahaya mata ketiga selepas menerima banyak pertanyaan netizen dan rakan media.


Bagaimanapun Yusry menjelaskan dia dan isterinya tidak berniat untuk merahsiakan berita gembira tersebut kerana beranggapan kehamilan ketiga itu tetap akan diketahui ramai tanpa perlu pengumuman.

Pelakon filem Ular itu mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 serta Yusof Leonne yang kini berusia empat tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 15-6-2021 11:43 AM
Congrats both of you.
Mcm cepat lak lisa dah bersalin. Tak mcm some ppl kan yg ghairah sgt tunjuk2 double lines tu.
Quote eira2310 15-6-2021 11:46 AM
alhamdulillah..tahniah....
Quote eely_shana 15-6-2021 11:49 AM
Tahniah lisa yusry
Quote cik_ingeniare 15-6-2021 11:50 AM
Tahniahhhh
Quote tepisket.. 15-6-2021 11:56 AM
YL the third. Apa agaknya eh? Yunus, Yasin, Ya'qub..ehehe.. meh2 sama2 teka
Quote ciksaenara 15-6-2021 12:03 PM
aikkk? daa bersalin?rasa macam baru je umum ngandung haritu.. pepon tahniah...
Quote Cik_jantung 15-6-2021 12:06 PM
Tahniah to mereka. Anak2 dorang ni dh besar nnti sure cantik n hemsem..
Quote SweetRehan 15-6-2021 12:08 PM
Tahniah Lisa yusry
Quote bakingsoda 15-6-2021 12:11 PM
dulu lisa kalau pregnant jd kembang kan? skrg maintain je slim sbb tu rasa kejap kot
Quote nakkomenjugak 15-6-2021 12:14 PM
Awww congratssss!
Quote hidet 15-6-2021 12:17 PM
bakingsoda replied at 15-6-2021 12:11 PM
dulu lisa kalau pregnant jd kembang kan? skrg maintain je slim sbb tu rasa kejap kot

ye...tak membesar dangat dia compare dulu..mungkin rasa azabnya nak turun after that, so maybe she control this time
Quote beni_nikaido 15-6-2021 12:21 PM
Tahniah Lisa & Yusri...
Quote ngek 15-6-2021 12:24 PM
sejak bile dia pregnant nie? tahu2 dah bersalin jerr
Quote Gianna111 15-6-2021 12:26 PM
tahniah lisa...comel.
tapi aura sombong dia tu tetap tak surut.
Quote lasagnaklcc 15-6-2021 12:29 PM
Dkt 50 dah yuci. Abah2 sgt dah.
Quote naina 15-6-2021 12:30 PM
Cmne boleh sama besdayy apak. Operate ke
Quote Incanto 15-6-2021 01:18 PM
Congrats Lisa Yusry
Quote johnfugelsang 15-6-2021 01:23 PM
tepisket.. replied at 15-6-2021 11:56 AM
YL the third. Apa agaknya eh? Yunus, Yasin, Ya'qub..ehehe.. meh2 sama2 teka

Sekali Ya Maulai
Quote johnfugelsang 15-6-2021 01:24 PM
Congrats! Semoga anak membesar sihat dan menjadi soleh.

Macam la diaorg baca kan. But sokay, still doa yang baik

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.052198 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top