CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peminat Seronok Mira Filzah Kembali Aktif Di TikTok

16-6-2021 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3901| Komen: 19

Terkenal dengan tidak hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan sopan-santun, artis popular Mira Filzah atau pemilik nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, diakui antara wanita yang menjaga adab sebagai seorang muslimah sejati.


Bagai tampak sempurna karakter dirinya, namun mungkin ada yang tidak menyangka bahawa aktres ini sebenarnya bakal menjangkau usia 30 an dalam beberapa tahun lagi tetapi seperti tidak dimamah usia.


Foto: IG

Mira boleh dilihat sebagai golongan seni yang memiliki segala-galanya kerana berjaya mencipta pengaruh dan impak tersendiri, si cantik kelahiran Ipoh Perak ini mempunyai pesona dan aura yang bukan calang-calang.

Meskipun sering terlihat matang, namun isteri kepada lelaki pilihan, Wan Emir Astar ini sebenarnya mempunyai sisi manja dan nakal sehingga mampu mencuit hati apatah lagi melakarkan senyuman manis apabila melihat telatah selebriti ini.


Terbaharu, tak sangka! Ini rupanya wajah Mira Filzah ketika sudah lanjut usia kelak.



Memuat naik video di aplikasi TikTok, pelakon terkenal yang menjadi kegilaan ramai ini cuba mendapatkan bayangan wajahnya ketika berusia 85 tahun nampaknya masih lagi jelita meskipun kelak mempunyai kedutan faktor penuaan.

Video TikTok yang mencuit hati ramai itu memaparkan rupa paras Mira Filzah dengan perubahan bentuk wajahnya selepas disunting menggunakan sebuah aplikasi.

Aktres ini sememangnya bukan sahaja bersandarkan bakat semula jadi, malah mempunyai rupa paras dan elemen-elemen komersial yang diperlukan sebagai seorang anak seni.



Meskipun begitu, memiliki seraut wajah cantik bukan jaminan untuk melangkah ke persada hiburan dengan megah, tanpa bakat dan ilmu di dada. Selain rupa paras, tuah dan adab perlu seiring untuk memacu populariti.

Pesonaliti Mira Filzah yang manis dan sopan itu sentiasa menjadi penyejuk mata dan dikatakan tidak berlebihan dalam apa jua yang dilakukan meskipun kembali aktif membuat challenge TikTok.

Meskipun sudah lama menceburi aplkasi TikTok ini, rata-rata menyifatkan Mira Filzah bukanlah seorang selebriti yang terkinja-kinja dalam membuat sesuatu pembikinan video dan masih menjaga adab sebagai seorang wanita.



Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa pengikutnya berasa bingung dan seakan-akan tidak percaya bahawa selebriti ini juga bermain TikTok dan kini kembali aktif dengan video-video lucu dan menarik.

Menurut sumber sebuah laman portal, Mira sendiri pernah mengakui bahawa dia sememangnya mempunyai akaun TikTok atas nama @therealmfmirafilzah dan selebihnya ada akaun palsu yang hanya menggunakan namanya.



Meskipun dia baharu sahaja berjinak-jinak ingin menampilkan sudut perbeza mengenai dirinya yang selalu tampak serius dan berjaga-jaga, kali ini Mira mengalihkan pandangan peminat ke sudut riang dan santai hanya untuk suka-suka ketika mempunyai kelapangan. -CARI

Sumber: HOT FM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 16-6-2021 11:15 AM
Sila mengaku siapa peminat MF yang seronok sangat tu.....
Quote caca_eric 16-6-2021 11:19 AM
husna_amal replied at 16-6-2021 11:15 AM
Sila mengaku siapa peminat MF yang seronok sangat tu.....

ramai minat

Quote ketupatnasi 16-6-2021 11:21 AM


artikel ni mira piljah tulis sundrik kah?
Quote mawarkhayalan99 16-6-2021 11:33 AM
sape je nak minat si muka basic ni yihhhhhh
Quote Boomibulat 16-6-2021 11:50 AM
Saya pun mampu setakat aktif kat tiktok tu..saja mls je
Quote azie5zoe 16-6-2021 12:39 PM
Maap lah migha. Iols layan tik tok kat youtube yang orang susun2 jajan tu, kemas peti ais tu pastu konon nak tiru carilah kat shoppee. Sudahnya kelaut jugak cita2 ku itu.
Quote miss_perfect 16-6-2021 12:50 PM
Dia ada bakat??? Seriuslah
Quote Rogue98 16-6-2021 12:59 PM
Dia bakat takde...tapi personaliti dia okay lah daripada kebanyakan Artis kat Malaysia ni. Sopan pun ye n bukan rider. Contoh yang baik utk anak2 muda skrg. So walaupun kadang2 dia ni annoying tapi aku taknak lah kutuk sangat.
Quote nakkomenjugak 16-6-2021 01:03 PM
Mana2 jelaa miraaaa...
Quote slyfynx 16-6-2021 01:16 PM
Ok, ade pun thread netizen terhibur. Tp lain sikit la tajuk, peminat seronok.
Mane komen2 yang tunjuk peminat seronok tu?
Quote rain2169 16-6-2021 01:17 PM
SERONOK??????
MY GOD.....
Quote RumiMenari 17-6-2021 03:05 PM
Kurex paling seronok kot
Quote cicicumel 17-6-2021 03:16 PM
nmpak tua dah mirafilzah..
btw dia x peknenlagi ke?
x silap adik ipar dia (bini adik lelaki dia) tu pon x peknen lagi kan..
Quote beta_carotene 18-6-2021 12:21 PM
SERONOKNYA AKU YA ALLAH
Quote xpdckelate 19-6-2021 07:40 AM
ramai ke peminat dia
Quote imanjannah 19-6-2021 07:55 AM
nasib peminat dia je yang teruja..
Quote hasitall 19-6-2021 08:18 AM
Nak tengok syafiq naser nganjing mf je di tiktok
Quote kechikchomel 19-6-2021 08:44 AM
cicicumel replied at 17-6-2021 03:16 PM
nmpak tua dah mirafilzah..
btw dia x peknenlagi ke?
x silap adik ipar dia (bini adik lelaki dia) t ...

belum lagi kot? baru ni kan dia ambil az.
bukan ke kalau pregnant tak boleh amik az?
kalau pfizer ok la utk pregnant/breastfeeding
Quote kakigojes 19-6-2021 08:58 AM
kechikchomel replied at 19-6-2021 08:44 AM
belum lagi kot? baru ni kan dia ambil az.
bukan ke kalau pregnant tak boleh amik az?
kalau pfize ...

Lepas baca article ini, terus rasa happy semacam, rasa seronok, rasa gembira sangat. Lupa nak makan, minum, mandi, tido… teruja sangat2 nak tengok tiktok… tak sabar laa

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.049995 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top