Seperti diketahui, nanas merupakan buah yang bersifat tajam. Ramai menganggap ibu hamil tidak boleh makan nanas kerana khuatir keguguran. Bukan saja mengandungi vitamin C, malah mempunyai kandungan mineral yang mampu menguatkan sendi dan tulang. Namun, ibu hamil hanya boleh makan nanas dalam kuantiti sederhana supaya tidak mengalami kesan negatif. Rujuk informasi berikut seperti dikongsikan Public Health Malaysia untuk penerangan lanjut. Loading FB Post...
Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan ibu hamil dengan selambanya makan nanas. Menerusi video yang dimuat naik @cik_phai, kelihatan dia sedang makan beberapa kepingan nanas. Wanita dikenali sebagai Faida itu mengaku yang dia suka makan nanas sejak trimester pertama dan kini sudah memasuki minggu ke-38. Tindakan wanita tersebut mengundang tanda tanya netizen sama ada ibu hamil dibenarkan untuk makan nanas atau tidak. Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan perkongsian wanita tersebut. Malah, ada yang berkongsi pengalaman sama. Selain itu, ada juga netizen yang menasihatkan ibu hamil tentang pemilihan dan pemakanan nanas. Sumber: SAYS
|
ellejo replied at 16-6-2021 03:04 PM
mak mertua aku masa pregnant anak sulung mengidam nak makan telinga babi deep fried.
serious.
annehuda replied at 16-6-2021 07:22 AM
aku terbaca kt mana ntah ada yang mengidam nak makan roti sapu kiwi kasut.
meisapoya replied at 16-6-2021 07:18 PM
I maksn nenas masa period. Betul lega.
Justsha replied at 17-6-2021 01:00 AM
u makan trimester ke berapa? i tgh pregnnat teringinnnn sangat tapi dulu if period i tak keluar, i ...
ADVERTISEMENT