Bekas gimnas negara, Farrah Hani Imran tular apabila jaguh negara ini mencatatkan pencapaian membanggakan pada negara. Di Facebook, seorang pengguna berkongsi kisah Dr Farrah yang merupakan seorang doktor dan pensyaraj di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula tahun 2006.
"Sebelum Farah Ann atau El Regina Tajuddin, negara kita terlebih dahulu melahirkan sebutir permata bernama Farrah Hani Imran. "Yang sebenarnya, aku bukan nak cerita sangat pasal kehidupannya, tetapi lebih kepada siapa dia selepas atlet," tulisnya. Katanya dengan bangga, Farrah terus pulang ke Malaysia selepas mendapat ijazah kedoktoran sebelum menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM). Malah, Farrah menjadi rakyat Malaysia pertama dapat 2 pengiktirafan penting dalam bidang perubatan iaitu Constable Fellowship Award dan Association of Graduates Medal. Lebih membanggakan, beliau juga memikul beberapa tanggungjawab lain selain menjadi doktor dan pensyarah kanan perubatan. Kata Fdaus Ahmad, dia juga baru saja dilantik ke sebagai Profesor Madya. Dr Farrah Hani memang power! Nah, baca selanjutnya mengenai beliau. Di ruangan komen, ramai warganet menceritakan pengalaman mereka dan keluarga sewaktu menjalani rawatan bersama Dr Farrah di HUKM. Sumber: Gempak
|
Aliaskotonggo replied at 16-6-2021 04:00 PM
tak biasa kena kondem, bila kena panas satu badan...
sharlenetexas replied at 16-6-2021 03:56 PM
Atlit2 pun ramai menjadi. Elena saw, bryan jayhan siva, calvin fernandez jadi doktor. Rabuan pit pes ...
sharlenetexas replied at 16-6-2021 04:03 PM
Sheols bukannya jenis merempan tak tentu pasal.
sharlenetexas replied at 16-6-2021 03:56 PM
Atlit2 pun ramai menjadi. Elena saw, bryan jayhan siva, calvin fernandez jadi doktor. Rabuan pit pes ...
cm_matjawasp replied at 16-6-2021 04:42 PM
Nak tau jugak , siapa bapak dia
cm_matjawasp replied at 16-6-2021 04:44 PM
R.Shanti ( bukan G.Shanti), M.Jegathesan.
ADVERTISEMENT