CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh, Makan Mayat Ibu Selama 15 Hari Sebelum Bagi Sisa Pada Anjing

16-6-2021 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2228| Komen: 9

Mahkamah Sepanyol menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun lima bulan terhadap seorang lelaki kerana mencekik hingga mati sebelum memakan mayat ibunya.

Hakim memutuskan Alberto Sanchez Gomez, 28, bersalah kerana melakukan perbuatan itu dalam keadaan waras.


Tertuduh dihukum kerana mengerat anggota badan dan memakan mayat ibunya selama sekurang-kurangnya 15 hari sebelum memberi daging mangsa kepada anjing.


Kredit foto: The Independent

Pembunuhan itu berlaku pada awal 2019 ketika tertuduh bertengkar dengan ibunya yang berusia 69 tahun di flat didiami mereka di Ventas, bersebelahan dengan gelanggang sukan lawan lembu yang juga mercu tanda ikonik Madrid.

Tertuduh dikatakan mencekik ibunya lalu menyeret mayat ke bilik tidur.

Dia kemudian menggunakan gergaji dan dua pisau dapur untuk memotong anggota badan mangsa.

"Tertuduh memakan sisa mayat itu selama kira-kira 15 hari, menyimpan barang lain dalam pelbagai bekas plastik di sekitar rumah dan di dalam peti sejuk.


"Dia juga memasukkan sejumlah sisa ke dalam beg plastik dan membuangnya ke dalam tong sampah," katanya.

Media tempatan melaporkan, seorang pegawai polis memberitahu tertuduh mengaku memakan sebahagian mayat yang masih mentah, sementara yang lain dimasak atau diberi makan kepada anjing.

Tertuduh ditangkap pada 23 Februari 2019, di sebuah flat dan polis mengambil tindakan itu selepas menerima aduan berhubung kehilangan mangsa daripada rakannya.

Selain hukuman penjara, mahkamah turut memerintahkan tertuduh membayar 60,000 euro (kira-kira RM299,694) sebagai ganti rugi kepada kakaknya.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 16-6-2021 04:40 PM
Kejamnya perbuatan
Quote ais_kosong 16-6-2021 04:45 PM
Gamak hang buat mak sendiri macam tu...
Quote any42 16-6-2021 05:10 PM
Kejamnya bt mak mcm tu
Quote matchstick 16-6-2021 05:31 PM
Gile kejam..penjara 15 tahun jek. Sakit mental ni..org normal mana selera nk makan mayat. nanti dia keluor penjara dia bunoh n makan mayat org lain plk
Quote lattehazelnut 16-6-2021 06:55 PM
Serius lah kanibal kot..
Cellmate dia pun mesti seram duduk satu cell dgn dia.. kot2 naik gila nak makan daging manusia..
Quote hanamunir 16-6-2021 08:15 PM
weyhh mental nye..
siap mkn yg mentah lg..
apa rasaa,x busukk ke..
Quote Aikiko 16-6-2021 11:49 PM
Gila ah
Nerakalah tempat kau
Binatang pun xbuat ibunya mcamtu
Quote Manjahati 16-6-2021 11:53 PM
Zalimnya….ni waras ke x ni..
Quote ikanmasin 18-6-2021 02:19 AM
anak derhaka btl ni..jahat btl

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.047687 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top