CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berat Tinggal 35kg, Elyana Jalani Radioterapi

16-6-2021 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17382| Komen: 103

Foto: IG


Keinginan mahu terus bermain lagi dengan anak-anak mendorong penyanyi dan pelakon, Elyana Emrizal, 34, nekad menjalani rawatan radioterapi mulai hari ini.

Elyana berkata, dia memohon doakan saya supaya terus kuat untuk menjalani rawatan berkenaan.



"Saya tahu harus kuatkan diri untuk melakukan rawatan radioterapi ini demi anak-anak saya. Mereka berdua masih kecil dan saya perlu bersama mereka lagi," katanya.

Menurut Elyana, dia akan melakukan rawatan itu sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal berikutan berat badannya kini hanya sekitar 35 kilogram.


"Walau apapun cabarannya, saya akan cuba harungi kerana masih lagi nak bermain-main dengan anak-anak. Saya tak mahu terbaring saja kerana rasa lemah dan cepat penat.

"Saya tak mahu melakukan kimoterapi kerana rawatan itu akan membuatkan saya bertambah sakit dan jadi lemah. Jadi, saya ambil keputusan untuk melakukan rawatan radioterapi saja.



"Harapan saya mudah-mudahan selepas melakukan rawatan ini saya masih ada masa lagi untuk bermain dan bersama-sama dengan anak-anak," katanya yang menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu.



Menurut Elyana, dia juga sudah menerima dua beg darah yang dimasukkan ke dalam badannya dan memakan masa selama enam jam bermula malam tadi.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani, 2. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CatMiow 16-6-2021 05:28 PM
Semoga sembuh kembali,  takut la dengar orng 11 tahun survive atai fight cancer, lepas tu kena buat treatment lagi.

Tengok video dia pun dia nampak sebak.
Quote Orix 16-6-2021 05:28 PM
Mana ummah yg kata sheols propa dlu ? Choyy
Quote mclaren 16-6-2021 05:33 PM
Edited by mclaren at 17-6-2021 03:34 PM

Suka caption dia Siapa yang mampu merubah hidup kita? Orang yang kita lihat di cermin.
Kuat sungguh semangat dia.

Quote mzsnam 16-6-2021 05:36 PM
dulu aku minat kat elyana. suka style rambut dia n style dia fesyen.gambar dia kat majalah mangga, siap kerat nk suh cina potong my hair like her. hihi. memories
Quote msdummy.2018 16-6-2021 05:37 PM
Dia mmg kuat semangat....smoga sgala urusannya dimudahkan
Quote cap_ayam 16-6-2021 05:40 PM
Kuat semangat Elyana! Semoga sembuh ye
Quote ellejo 16-6-2021 06:12 PM
kurusnya 35 kg je
Quote Rogue98 16-6-2021 06:16 PM
Semoga kembali sihat ye Elyana...
Aku selalu confuse dia ni dgn Ezleen...yg berlakon citer Zombie Kg Pisang.
Quote samshik 16-6-2021 06:23 PM
Die ni if xsakit mmg lawa.. Sbb time sakit pun lawa.. Cuma kurus la..
Quote eely_shana 16-6-2021 06:24 PM
Tabahnya seorg Elyana. semoga terus kuat. dan semoga cepat sembuh. suka lagu beliau #syukurkusedar
Quote kukukatablog 16-6-2021 06:27 PM
sheols cantik
Quote Thunderclouds 16-6-2021 06:29 PM
Kuat dia ni. 11tahun lawan kanser. Moga Allah kurniakn syifa' utk elyana. Amin3.
Quote genUmi 16-6-2021 06:46 PM
semoga diberi kesembuhan olehNYA
Quote anony-mous 16-6-2021 06:53 PM
Hebat dia ni. Kuat semangat. Layak diangkat sbgai duta hari cancer. Xtau la mana dia dpt kekuatan mcm tu
Quote ciksaenara 16-6-2021 06:55 PM
semoga terus kuat
Quote Kancilkering 16-6-2021 06:55 PM
dlu masa akhir hayat ayah sy kurus macam
ni….nak diri pun melayang…
you fight this cancer Elyana…and claim back the life you should have…insya Allah
Quote Minami2013 16-6-2021 07:04 PM
Moga dipermudahkan urusan dan diangkat segala kesulitan. Moga Allah kurniakan kesembuhan buat elyana.

Antara yg sakit tapi masih nmpak ceria dan cantik.
Quote degrandlite 16-6-2021 07:06 PM
Stay strong.. semoga diberi kesembuhan
Quote adila39 16-6-2021 07:06 PM
suka dia ni.. style and suara sedap.. semoga Allah mudahkan beliau. Ameen ya Allah.

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.167299 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top