CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agong zahir pandangan Parlimen perlu bersidang segera

16-6-2021 08:40 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2074| Komen: 7



Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda amat menyedari peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

"Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan Kerajaan bagi membantu rakyat yang di dalam kesempitan dan bagi memulihkan semula ekonomi negara.

"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan pandangan perlu adanya pentadbiran Kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.


Ahmad Fadil berkata, pandangan itu dizahirkan selepas Al-Sultan Abdullah memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar daripada pelbagai agensi kerajaan.

"Seri Paduka turut menzahirkan harapan supaya angka jangkitan wabak Covid-19 dapat dilandaikan dengan segera dan berpandangan vaksinasi adalah satu-satunya 'exit strategy' (strategi keluar) bagi mengawal penularan wabak berkenaan di negara ini.

"Sehubungan itu, Seri Paduka menzahirkan pandangan bahawa kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinasi kepada rakyat supaya matlamat imuniti kelompok 80 peratus dapat dicapai secepat mungkin," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Seri Paduka Baginda mengambil kesempatan ini menzahirkan setinggi penghargaan atas sokongan berterusan Raja-Raja Melayu yang turut mencerminkan keprihatinan tinggi terhadap kemaslahatan negara dan kelangsungan hidup rakyat.

"Seri Paduka Baginda juga menzahirkan setinggi penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat yang bertungkus lumus mengorbankan masa serta penat lelah dalam usaha memerangi penularan wabak Covid-19 di negara ini.

"Baginda turut mengambil kesempatan ini mengajak rakyat untuk bersama mendoakan supaya rakyat dan negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak Covid-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera," katanya.

Terdahulu, Al Sultan Abdullah berkenan menghadiri Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini, bagi meneliti pandangan yang dikemukakan pemimpin parti politik ketika sesi menghadap bermula 9 Jun hingga semalam.

Turut berangkat Sultan Perak Sultan Nazrin Shah; Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah; Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Selain itu, turut berangkat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir; Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, manakala Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Bagaimanapun Sultan Kelantan Sultan Muhammad V tidak berangkat.

Turut kelihatan hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Affendi Buang; Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 16-6-2021 08:53 PM
Yg.dulu pun sama juga kan? Tak bersidang juga pun.
Quote pyropura 16-6-2021 08:55 PM
Bermakna pandangan dari parti2 PEMBANGKANG didengar oleh istana. Suara rakyat. Daulat tuanku.
Quote MissYouSayang 16-6-2021 08:56 PM
Klise..............berapa puluh kali dah jagung bertitah, ade si sembab tu heran? Kecuali mageran @mpn jer si sembab tu kecut
Quote rikuren 16-6-2021 08:56 PM
pyropura replied at 16-6-2021 08:53 PM
Yg.dulu pun sama juga kan? Tak bersidang juga pun.

                         kan....so kita pkp lagi sampai oktober, perhaps...


Quote tripleid 16-6-2021 09:11 PM
Quote ifanonline 16-6-2021 09:13 PM
malaysia ni negara monarki atau negara demokrasi?
Quote mbhcsf 16-6-2021 09:16 PM
AGONG TITAH PARLIMEN PERLU DIADAKAN SECEPAT MUNGKIN - MENJUNJUNG KASIH!
Pemuda UMNO menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu yang menitahkan Kerajaan agar segera mengadakan sidang Parlimen tanpa perlu menunggu sehingga bulan Oktober sebagaimana perutusan Perdana Menteri kelmarin.
Sebagaimana Titah Seri Paduka Baginda, Parlimen penting untuk segera bersidang bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Bagi Pemuda UMNO, perbahasan Pelan Pemulihan Negara dan Ordinan-Ordinan Darurat perlu segera dibahaskan bagi memastikan segala harapan dan tuntutan rakyat yang sedang susah, resah dan gelisah menghadapi Pandemik Covid-19 ketika ini, dapat dibawa secara rasmi melalui platform rasmi Parlimen.
Mudah-mudahan melalui Sidang Parlimen kelak, segala permintaan yang dihasratkan rakyat termasuk isu Bantuan tambahan sempena PKP, Moratorium automatik, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan pelbagai aspek pengurusan Covid-19 dan vaksinasi dapat diperhalusi dan diperbahaskan dengan penuh tanggungjawab di Parlimen kelak.
Sekali lagi Pemuda UMNO menjunjung kasih atas kecaknaan, keprihatinan dan kebijaksanaan Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu.
Daulat Tuanku!
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia



https://www.facebook.com/drasyrafwajdidusuki/?ref=page_internal

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.048601 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top